Friday, 30 December 2016

Kau Sempurnakan Aku

30 Disember 2016 (Jumaat) 5.19 petang


Kau hadir di saat ku menantikan mu. Harapan ku adalah kau jujur dalam membalas cinta ku. Nyatanya, kau hadir dan kau zahirkan bukti cinta mu itu kepada ku.


Kau melengkapkan diri ini.










Wednesday, 28 December 2016

Setengah Mati Merindu

28 Disember 2016 (Rabu) 7.28 malam

Mentari merah telah hilang di ufuk Timur. Jiwa ini masih terasa akan waktu itu. Ketika kali pertama kau zahirkan perasaan mu kepada ku pada awal September 2013. Kau dedikasikan sebuah lagu. Setengah Mati Merindu. Pada mulanya Aku tidak tahu siapakah penyanyi yang mendendangkan lagu itu. Tapi lama kelamaan perasaan ingin tahu ku telah membawa Aku kepada Judika. Seorang artis dari Indonesia.

Sesungguhnya Aku sangat terkesan akan lirik lagu itu. Seolah-olah kau mahukan Aku hadir lebih awal ke dalam hidup mu....











Sunday, 25 December 2016

Istana di Puncak Hati

25 Disember 2016 (Ahad) 4.17 petang

Teringat Aku akan tanggal 8 Oktober 2013 lalu, kau menjemput ku makan malam bersama mu. Tak kala Aku kesibukan urusan kerja ku, menyatakan kesudian ku untuk bersamamu. Walaupun pertemuan sebulan lebih yang lalu kita tidak dapat berbicara, namun Aku takkan menghampakan diri mu untuk berbicara walaupun sewaktu suatu ketika dahulu, kita memang tidak pernah dapat sebenarnya berbicara walaupun kita dalam keluarga kelas yang sama.

Kali ini pilihan hidangan malam kita kau memilih makanan masakan Thai. Aku teruja akan pilihan mu. Kau sememangnya seorang yang pandai memasak. Mungkin suatu hari nanti kita akan dapat makan malam bersama sebagai satu keluarga.























Teratak Kecil Di Hujung Hati Mu

25 Disember 2016 (Ahad) 9.18 pagi

Cahaya pagi ini masih suram. Mungkin tiada salji untuk menggambarkan suasana dingin di pagi cuti perayaan Hari Natal.

Teringat Aku akan bicara kita yang kau pernah sampai ke teratak kecil ku... Tahun 2003 ternyata masih segar di ingatan ku. Tiada apa yang dapat ku zahirkan. Hanya yang terpapar gambar ku di ruang tamu ketika kau menjejakkan kaki mu ke ruang tamu. Walau pun tiada portret mu di kediaman kecil ku ini. Namun segalanya sentiasa tersemadi di ruang hati ini.  Jika dibandingkan dengan dirimu, sesungguhnya kau lebih bertuah kerana memiliki kediaman yang berkedudukan simpang di penjuru jalan. Luas sisi tanah lapang dan hadapan kediaman mu.  Siapalah aku jika dibandingkan dengan mu. Kau memiliki lebih dari ku. Aku tak punya apa-apa kelebihan berbanding diri mu. Nyatanya kau memiliki secukupnya buat kehidupan mu.

Hadir ku hanya sedetik lebih atas cinta yang kau berikan untuk ku. Sepanjang hadirku ke dalam cinta mu... 30 tahun adalah suatu tempoh masa yang agak lama. Cinta ku ini untuk mu berbalas setelah kali terakhir kita bersama 26 tahun yang lalu.









Sunday, 4 December 2016

Tatkala Rindu Berbalas

4 Disember 2016 (Ahad) 4.10 petang

Cuaca panas di luar jendela ku di petang ini menandakan malam hari nanti akan hujan. Mungkin lebat. Aku masih terasa suasana percintaan kita dulu. Walau bagaimana sukarnya setiap sesuatu itu, akan dipermudahkan jua jika kita bersatu hati mencari ruang untuk penyelesaian. Aku masih teringat di awal bulan September 2013 dahulu... Kau sering meluahkan perasaan mu kepada ku. Nyata mu, kau amat merindui ku. Tak sabar rasanya ingin bertemu ku. Aku jua berkongsi perasaan yang sama.















Saturday, 3 December 2016

Luncheon@Allson Klana

3 Disember 2016 (Sabtu) 12.11 tengah hari

Deringan nada di telefon membuatkan Aku tersentak secara tiba-tiba. Aku mengangkat telefon bimbit ku lalu memandang paparan skrin. Hmmnn.... sayang ku rupanya. Lalu Aku menekan butang hijau untuk menjawab panggilan mu.

"Yes Sayang... How are you darling?" Bingkas ku menjawab panggilan mu. "Sayang.... Emn...I rindu la kat you. Datang laa kat sini. Tak sabar nak jumpa you" Pinta mu.... "OK" jawab ku.




"Tapi, you datang tengah hari sikit, I ada meeting kat Bandar Baru Serting. Nanti you tunggu I kat Allson Klana. You tahu kan tempat tu... . Dah dekat dengan rumah I tu...." Ujur mu lagi. "Kita lunch sesama ya." Sambung you lagi. "Lepas lunch nanti I bawa you ke rumah I."   "OK" Jawab ku.