Tuesday, 31 January 2017

Sampai Akhir

1 Februari 2017 (Selasa) 12.16 tengah malam

Cahaya neon di Bandaraya Kuala Lumpur bergemerlipan terang menerangi susuk bangunan di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur. Jam 8.00 malam bagai siang menerangi setiap jalan dan lorong. Tanggal 19 Oktober 2013, masih kukuh dalam ingatan ku. Saat kau pinta cinta abadi dari ku. Kau zahirkan segala hampiran kasih mu sebagai bukti cinta mu kepada ku.

Di saat kau genggam erat jari jemari ku. Kau ucapkan janji cinta untuk abadi bersama ku sebagai kekasih, teman hidup ku dan isteri bidadari syurga ku. Imbalan kasih mu, kau pinta ku ucapkan janji seperti mana janji mu.

Manisnya... semoga sampai akhir cinta kita kukuh hingga ke penghujung waktu.

Sampai akhir...ucap mu.



















Monday, 30 January 2017

Jangan Ada Dusta

31 Januari 2017 (Isnin) 4.39 petang

Langit tidak selalu cerah. Begitulah jua kehidupan manusia. Apa yang berlaku hanyalah ujian dalam perjalanan ke akhirat. Tiada yang tertutup atas segala peristiwa yang berlaku di sepanjangnya. Tiada yang terkhilaf tanpa bukti dan kebenaran akan terzahir akhirnya.

Jangan ada dusta.



Sunday, 29 January 2017

Tidurlah Wahai Permaisuri

29 Januari 2017 (Ahad) 8.11 malam

Tidurlah wahai permaisuri.


Semoga kau lena diulit mimpi kasih yang bahagia.


Wednesday, 25 January 2017

Pelangi dan Nafiri

25 Januari 2017 (Rabu) 6.03 pagi

Antara semangat pewira untuk perjuangan hidup ini. Antara pelangi dan nafiri.
Gerakkan segala semangat dan jiwa.




Tuesday, 24 January 2017

Sekadar Di Pinggiran

24 Januari 2017 (Selasa) 3.34 pagi

Aku hanya sekadar di pinggiran. Itulah perasaan ku setelah kau dengan mudah meninggalkan ku pergi. Tiada perasaan belas kasih dari mu. Tiada empati mu buat ku.







Sunday, 22 January 2017

Saat Kau Pimpin Tangan Ku

22 Januari 2017(Ahad) 9.30 pagi

Ketika waktu telah lama berlalu pergi... Cinta ini sentiasa segar di ingatan ku. Tiada yang dapat menghidupkan jiwa ku ini. Hanya cinta Mu sahaja yang dapat memberikan cahaya seribu malam yang sentiasa memadamkan kemurnian kasih di hati ini.

Nyatanya.. Aku terkesan akan waktu kau pimpin tangan ku

























Pada Syurga Di Wajah Mu

22 Januari 2017(Ahad) 5.22 pagi

Kehadiran Suboh bakal ku nantikan. Akan ku jemput segala rahsia hati ini.

Sesungguhnya Aku sentiasa menanti Mu. Pada waktu yang sedang berlalu. Pada Syurga di wajah Mu.


Sunday, 15 January 2017

Maluri Di Hati Ku

15 Januari 2017 (Ahad) 10.07 pagi

Teringat Aku akan tarikh 21 hingga 24 April 2014 yang lalu. Sesungguhnya ingatan ku masih berlegar dalam minda ku. Apakan tidak, tempat jatuh lagi ku kenang, inikan pula tempat bermain. Sesungguhnya di kotak kecil di hujung mata ku masih dapat ku lihat gambaran memori indah akan waktu yang terluang untuk ku ingati. Sepermainan waktu dalam memori cinta ini masih dapat ku rasakan akan waktu itu. Segala harapan dan kasih yang terzahir dari hati ini. Maluri di hati ku.






Ketulusan Hati Keluhuran Cinta

15 Januari 2017 (Ahad) 9.46 pagi

Hening Suboh telah lama meninggalkan ku. Mentari pagi riang meninggi membawa cahaya pengharapan. Harapan untuk ku rawat segala duka di hati ini.

Segala cinta yang hadir adalah atas kejujuran dan ketulusan hati dalam percintaan. Tiada yang dapat ku gambarkan betapa keangongan Allah swt dalam mengurniakan perasaan cinta di hati ini. Lalu terzahir segala kesetiaan untuk suatu keabadian kasih merentas segala waktu walaupun berabad penantian di hati ini.

Ku bina sebuah bahtera kasih untuk cinta itu agar terus berlayar di lautan yang penuh gelora dan badai yang tiada putus menimpa diri ini.

Teguhnya kasih di jiwa ku ini menjadi bukti keluruhan Cinta untuk Mu.



















Friday, 13 January 2017

Hingga Akhir Nanti

13 Januari 2017 (Jumaat)

Segalanya telah terzahir.





Musim Cinta Berbunga

13 Januari 2017 (Khamis) 8.45 petang

Suasana terasa bahagia di kala ini. Tiada bicara dapat diperjelaskan Musim Cinta Berbunga.




Thursday, 12 January 2017

Biarkan Berlalu

12 Januari 2017 (Khamis) 8.21 pagi

Keheningan pagi terus terasa di negeri bersejarah ini. Segalanya suatu yang menyegarkan. Imbasan sebuah kenangan yang tak mungkin akan kembali lagi. Segala akan terus bergerak umpama air dengan aur. Ia akan berlalu pergi dan tidak akan kembali.

Begitulah hati ini, dalam perjalanan yang penuh dengan dugaan dan rintangan. Hanya takdir Allah swt yang menentukan. Setiap suatu dalam rintangan ini akan memberikan semangat untuk terus maju ke hadapan. Semangat untuk memberikan yang terbaik kepada Yang Maha Pencipta.






Wednesday, 11 January 2017

Harapan Yang Hilang

11 Januari 2017 (Rabu) 3.55 petang

Waktu telah meninggalkan ku dengan begitu pantas. Segala janji, segala harapan telah berterbangan, hancur di tiup angin petang. Tiada lagi perasaan cinta dalam hati ini. Hanya pautan duka menzahir cahaya petang. Tiada semangat untuk diteruskan sebuah pengharapan cinta.

Bekalan nafas cinta ini semakin berkurang. Semakin sedikit untuk ku bawa dalam perjalanan kali Ini. Segalanya telah pudar mencari jalan pulang.


Monday, 9 January 2017

Kau Pergi

9 Januari 2017 (Isnin) 1.48 pagi

Sewaktu di akhir tahun 2015 yang lalu, Aku tidak dapat gambarkan betapa sedihnya hati ini.






Sunday, 1 January 2017

SELAMAT TAHUN BARU 2017

1 Januari 2017 (Ahad) 10.18 pagi

Cahaya  pagi di luar jendela. Menerangi kamar ku yang gelap ini. Semoga harapan dan semangat baru akan ku peroleh untuk tahun 2017 ini.

Selamat Tahun Baru 2017.