Monday, 27 February 2017

Ke Manakah Menghilang Janji Yang Tercipta

27 Februari 2017 (Isnin) 8.23 pagi

Muram sungguh pagi ini. Terasa bagai dipukul badai. Segalanya sepi tanpa bicara. Langkah ku mulai terasa lemah. Tiada apa lagi yang boleh berpaut. Segala yang lama meninggalkan diri ku ini.

Adakah segala janji yang tercipta telah hancur dimamah waktu.



Sunday, 26 February 2017

Syurga Yang Tidak Dirindukan

26 Februari 2017(Ahad) 1.21 petang

Harapan kasih antara dua dunia. Pengakhiran cinta yang abadi.


Tuesday, 21 February 2017

Di Sebalik Tabir Cinta Mu

21 Februari 2017 (Selasa) 6.26 petang


Suasana cuaca di Bandaraya Kuala Lumpur agak panas petang ini. Nadi tenaga ku agak tersekat akan semua otot-otot di tangan dan kaki ku. Terasa pening dan pedih di kepala ku. Segalanya telah terzahir akan segala rahsia cinta mu kepada ku. Ketika waktu semakin kelam, sejarah cinta mu kepada ku telah membuktikan segalanya kepada ku. Aku tahu kau memang mencintai ku. Tapi kau curang akan cinta itu. Segalanya kau papahkan dusta mu itu ke atas tubuh ini. Letih atas segalanya. Di sana ini, aku masih mampu menarik nafas. Jika aku gagal, nyatanya waktu ku akan berakhir di sini. Sudah ku tahu akhirnya, akan cinta mu. Kau zahirkan ucapan cinta mu kepada ku. Segalanya kau dustakan kepada ku.
















Tuesday, 14 February 2017

Janji Cinta Yang Dimungkiri

14 Februari 2017 (Isnin) 10.14 malam


Sejujurnya Aku amat menyintai Mu. Di kala waktu telah lama berhenti untuk meneruskan cinta kita. Segalanya telah ternokhtah buat kasih cinta sayang Mu. Bagai jantung yang telah terpadam nadi untuk nafas cinta ini. Tanpa ku duga, kasih cinta mu hanyalah kosong belaka. Zahir ucapan mu, hanyalah dusta semata-mata. Tiada cahaya kebenaran di hati mu. Atas nafas cinta mu yang kau dustakan. Segala janji ikrar Mu tiada bererti lagi. Harapan yang tertinggal, di antara usia yang semakin jauh di hati ini. Segala kesedihan dan duka masih bermain di mata hati ku. Titisan air mata yang mengalir semakin kering. 























Sunday, 12 February 2017

Di Penjara Janji Mu

12 Februari 2017(Ahad) 9.49 malam.

Malam semakin gelap. Namun hati ini masih diterangi cahaya janji mu.

















Thursday, 9 February 2017

Cahaya di Februari

9 Februari 2017 (Khamis) 10.53 pagi


Terang sungguh cahaya mentari di luar jendela ku. Semoga harapan baru dapat ku temui untuk meneruskan perjalanan hidup ku ini.




Tuesday, 7 February 2017