Friday, 16 June 2017

Syair Cinta Mu Yang Tak Diundang

16 Jun 2017 (Jumaat) 11.47 malam


Tatkala suasana di tempat ku berdiri semakin kelam. Tiada campuran lampu neon menerangi ruang bicara ku. Hanya yang ada, hanyalah sebuah mentol lampu LED yang membuka ruang hati ini untuk terus bernafas. Hari ini telah berlalu. Esok siapa yang tahu.








Sunday, 4 June 2017

Bila Rindu Menggoda Ku

4 Jun 2017(Ahad) 9.10 pagi

Aku yang kau panggil sayang. Kata-kata mu masih terdengar di hujung telinga ku. Tak pernah suara mu terhenti ku dengar sampai tertanam di pelusuk hati ku. Entahlah, sejak kau tinggalkan diri ini, aku sentiasa merindui mu. Tidak pernah terdetik saat waktu yang aku tidak pernah melupakan mu. Segala kenangan indah, ku jadikan taman syurga di hati ini. Segala manis bicara mu penuh dengan nasihat dan panduan buat ku menempuh dunia dengan yakin dan bahagia.

Sudah kita ditakdirkan bertemu dan kita jatuh cinta. Segalanya adalah suratan Ilahi. Harus kita hadapinya sebagai suratan takdir. Ku harap kau tabah menerima ku atas cinta yang ku simpan selama lebih 30 tahun. Doa ku agar kau sentiasa menyayangi ku.

Saat rindu itu menggoda ku.