Thursday, 17 August 2017

Cinta Ku Ini Bukan Eksperimen

17 Ogos 2017 (Khamis) 1.20 petang

Suram betul cuaca hari ini. Keadaan mengingatkan ku ketika kau hadir mencari cinta di hati ini. Pujuk rayu mu ku tolak mentah-mentah kerana ku dapat rasakan firasat cinta dari mu hanya palsu. Kau dambarkan kehangatan cinta dan aksi dari seorang yang bernama lelaki. Namun Aku cuba mengelakkan diri ini dari mu, Aku tergoda akan belaian kasih mu. Nyatanya kau begitu hebat aksi mu sebagai kekasih. Kau adalah pencinta yang agong. Segalanya kau tahtakan di hati ku untuk suatu percintaan. Kau zahirkan hamparan kasih mu kepada ku. Kau labuhkan cinta ku di taman asmara mu. Akhirnya cinta abadi ini tewas di permainan mu.

Aku adalah sang pencinta. Tapi cinta ku adalah untuk keabadian. Cinta ku bukan eksperimen untuk kau ukur kehausan kasih di hati mu.








Sunday, 13 August 2017

Biarkan Tangisan Ini

13 Ogos 2017(Ahad) 2.52 petang

Tiada yang seindah ciptaan Ilahi. Aku bersyukur kerana masih bernafas untuk sehari lagi. Seandainya semalam hari terakhirku, Aku tetap redha. Tuhan mengajar ku untuk menerima seadanya akan kehidupan ku ini. Segalanya terbatas akan waktu yang diberikan. Biarkan harapan dan kurnia Mu menjadi ingatan buatku. Semoga tangisan ini menjadikan insan yang bersyukur. Kerana Mu Illahi.















Monday, 7 August 2017

Bayangan Semalam

7 Ogos 2017(Isnin) 8.24 pagi.

Di minda ku, kau tak pernah luput walaupun hanya sesaat berlalu. Segala adalah abadi untuk selamanya. Kita dijadikan untuk bersama hingga akhirnya. Segala ikatan terlalu sempurna buat kita. Aku harapkan agar cinta yang kau berikan kepada ku ini akan abadi buat selamanya.













Hanya Kenangan Cinta

7 Ogos 2017 (Isnin) 8.14 pagi

Kembalilah.... Itulah ucapan ku buat Mu. Tapi kau diam seribu bahasa. Tiada bisikan hati di telinga ku untuk meredakan kedukaan di hati ini. Kau bebas pergi meninggalkan ku. Tak tergambar akan episod duka yang memusnahkan kebahagiaan di hati ku ini. Duka... biarkan berlalu.

























Saturday, 5 August 2017

Bicara Dari Hati Ku

5 Ogos 2017 (Sabtu) 4.11 petang

Aku pasrah menanti mu. Puas sudah air mata ini tertumpah atas hamparan kasih di hati ini. Aku perlukan restu Tuhan yang Maha Mengasihi. Aku mengharapkan kau sebagai bidadari Syurga ku. Aku tetap doakan agar kau menjadi permaisuri hati ku. Untuk suatu kehidupan bersama hingga ke akhir masa. Aku akan tetap menyintai mu hingga terhentinya nafas di dada ini.





















Bahagia Itu Adalah Suatu Perjalanan

5 Ogos 2017(Sabtu) 3.50 petang

Kau adalah bintang di hati ku. Jauh di langit ku menuju. Mencari kasih yang kau tinggalkan untuk ku. Ayuh bersama ku meniti perjalanan ini. Agar tercapai impian kita untuk berbahagia bersama hingga ke hujung perhentian. Perjalanan nan masa kita. Seminit kita berlagu...masihkah ada waktu. Atas ketulusan sebagai insan yang Tuhan jadikan. Kita perlukan masa untuk perjalanan ini. Agar teguh segala ikatan yang menjadi harapan hati ku untuk mu. Murnikanlah kasih di hati mu untuk ku.













Warna Cinta Mu

5 Ogos 2017 (Sabtu) 3.40 petang

Terik cahaya petang ini. Segala penglihatan ku terasa gelap walaupun cahaya terang di sepermandangan. Betapa panasnya cuaca di sekeliling ku. Terlalu perit rasanya setiap langkah ku. Segala memori cinta di hati ini telah terluka. Aku harus redha atas setiap episod duka di perjalanan ini. Musnah sudah segala mimpi ku. Aku harus biarkan ia berlalu. Kerana warna duka di hati ku adalah warna cinta mu.