25 September 2017 (Isnin) 4.53 petang
Cahaya petang memasuki ruang kamar bilik ku. Serakan cahaya bila cerminan hati ini tertapis atas segala panas petang yang masih bersinar memancar di hati ini. Aku tahu, segalanya masih belum berakhir. Aku bertekad untuk bergerak keluar dari kedukaan di hati.
Memang aku akui, masa semakin pantas berlalu. Aku pasti inilah tanda badai itu akan berlalu pergi. Semoga segalanya akan kembali semula kepada diri ini. Aku juga yakin, Aku akan mampu tersenyum dan tawa di sekeliling ku. Aku yakin bahawa Tuhan Yang Maha Esa akan memberikan diri ini peluang kedua untuk terus hidup. Aku yakin esok akan memberikan Aku lebih akan kepercayaan buat diri ku ini untuk terus berubah.