Wednesday, 19 December 2018

Seutas Benang Hayat Ku

19 Disember 2018 (Rabu) 7.47 pagi

Seminggu sudah berlalu. Aku bersyukur ke hadrat Pencipta Ku kerana masih diizinkan untuk terus bernafas walaupun Aku tahu, seminggu yang lepas Aku hampir menghampiri perjalanan Ku yang terakhir. Segalanya Aku terima dengan berlapang dada. Seandainya nafas ini berakhir, Aku telah sedaya upaya melaksanakan amanah sebagai insan yang diberikan tanggungjawab untuk ku laksanakan sebagai hamba kepada pencipta Ku. Kini hari-hari yang mendatang, Aku jadikan teras untuk terus Ku garapkan bagi melaksanakan amanah yang terpikul walaupun Ku tahu segala semakin sukar. Redha dan Aku akan bahagia. Berserah dan tawakal atas usaha yang telah dilaksanakan. Aku masih mampu melirikkan sekuntum senyuman. Syukur kepada Pencipta Ku.










Wednesday, 28 November 2018

Di Tepi Pagar Cinta Mu

28 November 2019 (Rabu) 2.18 petang


Hujan turun dengan lebat. Tiada ruang yang tidak basah di sekeliling ku. Aku tahu segalanya telah tiada lagi harapan kasih dan cinta dari mu. Aku mengerti bahawa harapan diri ini hanyalah suatu tugu yang masih kukuh berdiri di tengah hujan yang lebat. Walaupun tempias di tingkap masih bergolak dipukul angin ribut, hati ku masih tetap berpegang atas nama cinta. Tiada yang dapat menghalang diri ini dari terus menzahirkan keyakinan untuk ku menyelusuri kehidupan ke hadapan. Sayang kasih ku hanya berketepian tanpa apa-apa belaian kasih cinta dari mu. Hanya garisan waktu memisahkan diri ini. Di luar pagar cinta mu.







Tuesday, 6 November 2018

Bukan Pada Ucapan

6 November 2018 (Selasa) 8.14 malam


Terasa pedih tekak ku ini. Mungkin keadaan cuaca yang tak menentu memyebabkan badan ku menjadi panas seperti orang yang demam. Hidung ku juga selsema. Telinga ku masih berdegung tanda yang badan ku menjadi semakin lemah. Aku tahu, terdetik rasa di hati akan firasat kasih hati yang masih melingkari awan gelap di hati ini. Sesungguhnya, kasih dan cinta adalah dua elemen perasaan yang berbeza. Namun perasaan ku jelas tidak berubah. Aku mahu diri ini maju ke hadapan. Aku mahu bahagia semula. Aku mahu cahaya sinar mentari pagi menjernihkan kehidupan ku. Aku tahu, segalanya bukan hanya ucapan.....




Sunday, 14 October 2018

Bukan Aku Yang Kau Rindukan

14 Oktober 2018 ( Ahad) 10.36 pagi

Hujan turun sejak semalaman. Pagi ini masih dibasihi dengan renyai halus membasahi bumi. Aku masih menitipkan harapan semalam, agar hari ini aku dapat pulih dari kemurungan hati yang masih lara. Segalanya tertutup sudah buat hati ku akan cinta yang telah pergi. Hari ini ku kuatkan semangat agar dapat ku tempuh waktu yang mendatang bagi meneruskan kehidupan ini. Mungkin semua itu telah berbalik akan harapan di jiwa ini agar kau punya empati akan keadaan ku. Namun semua itu meleset belaka kerana tiada sebarang berita buat ku. Mungkin telah tiada cinta mu buat ku lagi. Segalanya telah terhenti. Aku tahu, aku bukanlah seorang lelaki yang kau rindui.







Thursday, 11 October 2018

Biarkan Cinta Berakhir

11 Oktober 2018 (Khamis) 1.13 petang

Hadirnya cahaya di tengah hari ini, mendambarkan rasa ketenangan di kala mentari terik bersinar di hati ini. Rasa nyaman di hati dapat ku rasakan. Segala kedukaan perasaan hati ini ku harapkan akan terhenti. Namun cuaca yang terik ini masih belum dapat mengubati lara perasaan jiwa yang terluka. Aku amat berharap agar dapat keluar dari segala yang membelenggu di hati. Hati yang terpenjara akan segala kekecewaan terhadap insan.


Thursday, 4 October 2018

Esok Yang Diraikan

4 Oktober 2018 (Khamis) 5.38 petang

Petang ini, Aku masih sabar menanti hari esok. Bagai dijanjikan suatu harapan buat hati ini agar bahagia itu dapat hadir dalam diri ku. Aku tahu bahawa sinaran harapan masih lagi berkumandang di telinga ku untuk ku semaikan rasa cinta ini. Cahaya petang yang suram selepas hujan menjadikan hati ini lemah tanpa kudrat untuk ku melangkah ke hari esok. Segala kekuatan diri ini semakin berkurangan tanpa sebarang nokhtah buat cinta ini. Haruskah Aku terus menyepi atau haruskah Aku terus mendambarkan perasaan cinta abadi Ku buat mu. Cinta yang sangat ku raikan. Esok buat mu....







Tuesday, 11 September 2018

Esok Yang Tidak Dijanjikan

11 September 2018 (Selasa) 1.09 pagi

Seminit waktu yang berlalu, Aku masih meniti titian perjalanan ini. Segala harapan masih pada ku yang amat ku nantikan. Semuanya bagaikan berlagu untuk ku sambut menyanyikan semangat cinta buat Mu. Namun masa telah bergerak pergi. Jauh meninggalkan ku. Aku masih berharap agar waktu itu dapat kembali kepada ku. Ehsan mu ku dambarkan agar Aku menjadi insan yang bahagia. Namun segalanya bukanlah suatu janji buat ku. Masihkan esok terzahir janji itu buat ku.




Saturday, 8 September 2018

Mungkinkah Esok Menanti Ku

8 September 2018 (Sabtu) 12.32 tengah malam

Hujan telah lama reda. Suasana dingin mulai menghilang. Udara malam mulai terasa sejuk. Namun dengupan jantung ku masih panas. Terasa seperti semuanya tidak kena. Letih badan disusurkan sakit pening di kepala. Aku masih terasa bingung atas peristiwa semalam. Masih tiada jawapan di penghujung kerisauan ku buat hari esok. Aku masih kepeningan memikirkan apa yang telah berlaku. Sebak dan sedih di dada atas kelukaan di hati. Semangat cinta semakin menghilang dalam diri ini. Masihkah ada esok buat ku yang setia menanti keabadian cinta....










Sunday, 2 September 2018

Tiada Senyuman Tanpa Diri Mu

2 September 2018 (Ahad) 6.23 petang

Awan mendung masih berlegar di langit. Namun semangat ku masih kuat. Aku masih tersenyum walaupun tanpa hadir mu. Aku tahu bahawa masa telah memisahkan kita dengan sempadan rindu yang tiada batasnya. Sesekali aku terkenangkan akan diri mu, Aku masih mampu tersenyum. Aku lemparkan sekias senyuman buat lelangit petang dengan harapan Aku dapat pulih dari gelora rindu semalam. Hujan dan guruh tidak dapat menahan akan harapan dan hasrat di hati ini, agar kau dengar keluhan kasih cinta ku buat mu. Tiada senyuman dapat ku lirikan tanpa adanya diri mu....





Saturday, 25 August 2018

Biarkan Lagenda Menjadi Kenangan Rindu

25 Ogos 2018 (Sabtu) 10.07 malam

Malam masih bersuara. Nadi ini masih lemah. Mungkin aku masih demam, batuk dan selsema. Cuaca di siang hari sangat panas sehinggakan sistem penghawa dingin tidak terasa. Haba panas terasa bahang di muka. Rindu masih terasa walaupun sudah lama cinta itu berlalu pergi. Nyatanya keabadian cinta mengatasi segalanya. Biarkan Aku di sini untuk meredah masa. Bagai suatu lagenda.... kenangan rindu yang abadi.










Thursday, 16 August 2018

Neraca Kehidupan

16 Ogos 2018 (Khamis) 9.21 pagi

Hari ini belum menjanjikan apa-apa harapan buat diri Ku. Aku tahu... Aku sedang diadili atas perjalanan hidup Ku ini. Aku sedang dinilai atas nikmat kehidupan yang dikurniakan ke atas diri Ku ini. Segalanya adalah untuk diuji sama ada Aku bersyukur atas apa yang terjadi.

Aku tidak meminta untuk jatuh cinta... Tetapi ia hadir untuk melihat sama ada Aku redha atas kurniaan cinta yang hadir ke dalam hati ini. Sama ada penerimaan suatu anugerah yang Maha Agong kepada insan yang kerdil ini dapat Ku tanggung demi meneruskan perjalanan hidup ku ini. Aku redha, Aku pasrah, Aku bersyukur atas kurniaan yang Maha Esa.


Wednesday, 18 July 2018

Sesat Di Lautan Tak Bertepi

18 Julai 2018 (Rabu) 10.58 pagi

Sepermandangan di kelopak mata ku masih menyasarkan daratan yang dapat menyejukkan perasaan sebak di dada ku. Adakah ujian ini masih dapat ku tempuhi. Seluas tujuh lautan Ku layari. Namun daratan masih tidak kelihatan.



Tuesday, 3 July 2018

Kasih Di Pintu Hati Mu

3 Julai 2018 (Selasa) 7.07 malam

Hari ini, kesihatan diri ini agar kurang. Mungkin Aku kurang beriadah menyebabkan sistem ketahanan badan agak lemah. Namun semua itu bukanlah alasan untuk Aku melupakan Mu. Segalanya telah terukir di bintang bahawa cinta ini akan sentiasa diabadikan selamanya di Kejora. Indah rasannya.

Di sini, Aku rasa tersentuh akan hadirnya kasih Mu ke dalam jiwa Ku ini. Tidak semudah ingin Ku ucapkan, namun cinta yang lahir itu Ku turutkan terus dari hati Mu. Ku zahirkan ketulusan kasih demi cinta Mu terhadap Ku. Kau buktikan batin Mu khusus untuk Ku. Segalanya yang terindah.








Sunday, 24 June 2018

Dipuja Rindu Pada Mu

24 Jun 2018 (Ahad) 4.43 petang

Cuaca petang agak suram. Mungkin setelah beberapa hari hujan turun dengan lebatnya di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan. Cuaca yang masih tidak menentu telah mengukir belahan memori semalam dengan mendalam. Masihkah ada waktu yang terlindung dari puncak kasih di hati ini. Nyatanya rindu ku pada mu masih terasa. Segala waktu kita bersama telah menjadikan aku bahagia walaupun hanya seketika. Aku tahu, walaupun kau telah lama meninggalkan diri ku ini, namun rindu ku pada mu masih lagi mencengkam kukuh di hati nan abadi ini.







Tuesday, 19 June 2018

Cinta Si Camar Putih

19 Jun 2019 (Selasa) 10.10 pagi

Cinta Si Camar Putih - Headwind

Sendiri terbang di langit terbentang
Menyapa lembut mega yang kelabu
Kemana kah pergi kekasih hati
Tak terjawab pertanyaan itu

Ditanya puncak gelombang di laut
Ke mana hilang janji yang tercipta
Tetapi hampa laut membisu
Kekasihnya entah di mana


Sendiri terbang menyongsong siang
Sendiri sepi melihat bulan
Kata cinta tak bermakna
Sumpah suci tak bererti
Terpaku hiba mencari erti

Begitu suci
Begitu setia
Cinta seekor camar putih
Mungkinkah kita juga begitu
Terus bercinta tanpa akhirnya

Sendiri terbang menyongsong siang
Sendiri sepi melihat bulan
Kata cinta tak bermakna
Sumpah suci tak bererti
Terpaku hiba mencari erti

Begitu suci
Begitu setia
Cinta seekor camar putih
Mungkinkah kita juga begitu
Terus bercinta tanpa akhirnya

Terus bercinta tanpa akhirnya

Monday, 11 June 2018

Harapan Yang Tak Tertunai

11 Jun 2018 (Isnin) 12.05 Tengah Hari

Tenang wajah ibu mu ketika saat terbaring di atas katil Hospital Kepala Batas. Sayangnya di saat Aku meminta untuk hadir di sisinya, kalau menghalang ku. Alasan mu, nanti apa kata adik beradik mu jika secara tiba-tiba Aku muncul di hadapan mereka. Terdetik di hati ini, kau cuba menjauhkan diri ku dari mu. Hampir nafas ku terhenti memikirkan waktu itu. Selang beberapa hari ibu mu pergi meninggalkan kita semua dijemput Allah swt untuk suatu perjalanan di dunia yang baru. Hampa seketika untuk ku bertemu jua dengan ibu mu. Masihkah ada cinta antara kita atas harapan yang tak tertunai ini.....

Friday, 8 June 2018

Menggapai Pelangi Petang

8 Jun 2018 (Jumaat) 5.00 petang

Suramnya langit di kala cahaya petang hampir pasti melabuhkan sinarnya. Mungkin malam tadi gemerlipan malam Lailatul Qadhar mencurahkan seribu warna kerahmatan buat diri ini. Adakah Aku masih mengharapkan cinta nan abadi dari mu.











Thursday, 10 May 2018

Seandainya Takdir Ku Semalam

10 Mei 2018 (Khamis) 7.02 malam

Matahari hampir pasti menenggelamkan diri di ufuk barat. Suasana suram menanti malam yang hampir gelap. Tiada yang berubah atas waktu yang berlalu pergi dari cuaca terik semalam. Aku masih di sini, menanti suatu jawapan dari Mu. Cinta di hati ini masih utuh mengharap kasih untuk ku sambut cinta abadi dari Mu. Namun apa daya, kudrat ku hanya mampu menanggung rindu yang tak terbalas dari Mu. Yang masih tinggal harapan untuk ku rawat nokhtah bagi cinta ini. Segalanya ku layarkan harapan kasih buat Mu. Untuk suatu pengabadian cinta yang abadi dari hati ini... untuk Mu.












Saturday, 28 April 2018

Menggamit Memori Semalam

28 April 2018 (Sabtu) 6.14 petang


Suasana laluan trafik petang di hadapan Restoran McDonald, Dataran Senawang, Negeri Sembilan agak sesak. Mungkin kewujudan gerai di sekitar merumitkan lagi laluan trafik di sini. Teringat Aku lima tahun yang lalu sewaktu Kau dan Aku memadu kasih cinta di sini. Ujur mu untuk kita makan di McDonald sebelum melabuhkan diri ke K-Box yang berhampiran. Nyata Mu untuk kau belanja Ku kareoke kerana Kau bosan di rumah. Kata Mu, tempat Port diri Mu dan kawan-kawan Mu menghilangkan stres di rumah dan di pejabat. Aku amat kagum akan sikap Mu. Wow, ada tempat distres. Sampai kita bergerak ke sana, Kau pinta Ku memakirkan kereta Ku jauh dari Mu untuk mengelakkan kawan-kawan kita melihat kita bersama. Pesan Mu untuk Kau naik dulu untuk membuat tempahan bilik. Setelah selesai Kau membuat tempahan bilik, Kau menghubungi Ku untuk naik ke K-Box dan terus menunggu Ku di tangga. Di saat Ku sampai di tangga, Kau menarik dan menggenggam jari Ku untuk Kau pimpin Ku ke bilik kareoke yang telah kau tempah.

Di saat kita tiba di bilik yang ditempah, kau menarik nafas Mu yang panjang. "Fuh...lega", ujur Mu.Kau memberikan Ku alat kawalan jauh untuk memilih lagu-lagu. Ujur Mu, "Jom kita duet". Aku mengangguk tanda setuju."Sandarkan Pada Kenangan. Jamal Abdillah dan Siti Sarah." Ujur Ku. Kau bersetuju sambil menekan butang di alat kawalan jauh.















Sunday, 22 April 2018

Sekilas Bayang Mu

22 April 2018 (Ahad) 5.37 petang

Suasana petang semakin suram menghambar cahaya matahari. Namun di kelopak mata ku, wajah mu masih terbayang jelas. Teringat akan kata-kata Mu yang meminta Aku menyintai Mu hingga ke akhir waktu. Kau zahirkan segala bukti cinta Mu kepada Ku. Setiap inci diri Mu kau serahkan kepada Ku. Tika kau menggenggam erat jari tangan Ku, Kau ucapkan keajaiban cinta kita bahawa Akulah kekasih, teman hidup dan suami Mu yang abadi. Namun, semua itu tinggal ikrar cinta Mu kepada Ku. Kau dustai segalanya. Kau biarkan diri Ku hancur di penjara janji Mu. Sekilas bayang Mu....










Sunday, 11 March 2018

Takdir Membawa Ku Ke Pintu Kasih Mu

11 Mac 2018 (Ahad) 8.24 pagi

Cahaya pagi menerangkan lapangan hati ini. Sambil ku menghirup aroma kehidupan yang belum menjanjikan aku apa-apa yang terzahir dari harapan dalam dada ku ini. Teringat aku akan diri mu, hampir lima tahun berlalu. Segalanya beredar terlalu pantas untuk ku hayati. Mungkin hari ini, aku akan dapat membasuh segala kesan hitam dalam jiwa ini. Segala luka yang berdarah. Segala parut cinta mu yang musnah akibat kedustaan janji mu kepada ku. Hela ku panjang menarik nafas yang masih tersekat di dada ini. Aku pasrah akan takdir yang telah membawa ku ke pintu kasih mu. Aku tetap syukur kerana dapat merasa manis cinta mu. Betapa kau menyintai ku. Zahirnya tak tersentuh akan segala belaian kasih mu yang melingkari hati ini. Sesungguhnya takdir membawa ku kepada mu.

















Wednesday, 7 March 2018

Biarkan Rindu Meneman Ku Ke Akhir Nanti

7 Mac 2018 (Rabu) 5.56 pagi

Kesegaran pagi membina harapan buat diri ini. Aku tahu bahawa Aku perlu tegas dalam meneruskan kehidupan ini. Tiada yang akan dapat membantu diri ini jika Aku masih berharap pada kasih yang telah tiada. Segalanya terletak pada bahu ini yang memikul segala tanggungjawab dalam keberterusan dalam laluan yang tidak bernokhtah.

Mungkin hati ini terasa akan rindu pada Mu. Tapi adakah semua yang tersentuh di hati Ku ini bermakna untuk dibuat bekalan dalam perjalanan Ku. Mungkin segalanya adalah bekalan yang terbaik buat diri ini agar Aku terus yakin tanpa rasa curiga akan segala yang telah tertakdir buat diri Ku. 

Rindu ini memberikan Aku kekuatan dalam memastikan setiap langkah Ku tetap berpijak dengan nyata di atas bumi ini. Aku masih dapat merasakan akan setiap kata-kata Mu dahulu. Tiada yang jelas, hanya bayangan cinta Mu kepada Ku terucap dari bibir Mu. Sesungguhnya Aku amat berhati-hati akan setiap bicara Mu demi sebuah kepastian janji Mu.

Semoga segala rindu ini bererti untuk Ku bawa hingga ke akhir nanti.













Tuesday, 27 February 2018

Di Saat Kau Sentuh Hati Ku

27 Februari 2018 (Selasa) 6.32 petang

Mendung di langit bukan bererti Aku harus berteduh di tepi paparan bumbung yang akan dapat melindungi Ku dari tempias air dingin yang menitik jatuh ke bumi dari simpulan awan berlalu. Nyatanya hati ini masih terdetik rasa kecewa atas sikap mu yang begitu mementingkan hanya diri Mu.

Waktu hanya menjadi sahabat buat diri ini demi mencari jalan pulang buat hati ini. Segalanya masih kaku tanpa bicara untuk Ku temukan waktu yang telah berlalu.

Di saat kau genggam jejari tangan ku untuk kau dekapkan ke dada Mu untuk kau zahirkan betapa kau menyintai Ku. Atas segala janji yang terucap dari bibir Mu. Namun itu semua hanyalah simpulan kata-kata yang disusun bagi menyakinkan diri Ku bahawa Aku tercipta untuk Mu. Kau zahirkan ungkapan janji setia tapi kau hancurkan segala yang kau lafaz cinta Mu kepada Ku.

Di saat Kau sentuh hati Ku ini.




















Sunday, 4 February 2018

Biarkan Duka Bersalut Rindu

4 Februari 2018 (Ahad) 6.47 petang

Di luar jendela ku, suasana petang masih cerah walaupun hari semakin malam. Aku masih terasa duka yang dalam di hati ini. Aku pasrah walaupun kau telah torehkan hati ku ini dengan pengkhianatan cinta mu. Aku tahu yang tiada jalan keluar buat ku. Hanya luka yang masih berdarah dalam di ruangan hati ku. Aku masih menagihkan kasih sebagai pengubat luka namun tiada yang tampil untuk merawat duka ku.

Sesekali Aku belek gambar lama Mu, terasa angin kedamaian menyapa hati yang luka ini. Biarkanlah rindu di dada merawat luka itu.














Saturday, 20 January 2018

Kerana Waktu Aku Masih Menanti Mu

20 Januari 2018 (Sabtu) 11.45 Pagi

Sejak beberapa minggu ini, suasana dingin amat mencengkam di ruang udara. Dada ini terasa ketat dan amat sejuk. Rindu yang mendakap hati ini masih terasa memeluk erat jiwa ku.