Sunday, 11 March 2018

Takdir Membawa Ku Ke Pintu Kasih Mu

11 Mac 2018 (Ahad) 8.24 pagi

Cahaya pagi menerangkan lapangan hati ini. Sambil ku menghirup aroma kehidupan yang belum menjanjikan aku apa-apa yang terzahir dari harapan dalam dada ku ini. Teringat aku akan diri mu, hampir lima tahun berlalu. Segalanya beredar terlalu pantas untuk ku hayati. Mungkin hari ini, aku akan dapat membasuh segala kesan hitam dalam jiwa ini. Segala luka yang berdarah. Segala parut cinta mu yang musnah akibat kedustaan janji mu kepada ku. Hela ku panjang menarik nafas yang masih tersekat di dada ini. Aku pasrah akan takdir yang telah membawa ku ke pintu kasih mu. Aku tetap syukur kerana dapat merasa manis cinta mu. Betapa kau menyintai ku. Zahirnya tak tersentuh akan segala belaian kasih mu yang melingkari hati ini. Sesungguhnya takdir membawa ku kepada mu.

















Wednesday, 7 March 2018

Biarkan Rindu Meneman Ku Ke Akhir Nanti

7 Mac 2018 (Rabu) 5.56 pagi

Kesegaran pagi membina harapan buat diri ini. Aku tahu bahawa Aku perlu tegas dalam meneruskan kehidupan ini. Tiada yang akan dapat membantu diri ini jika Aku masih berharap pada kasih yang telah tiada. Segalanya terletak pada bahu ini yang memikul segala tanggungjawab dalam keberterusan dalam laluan yang tidak bernokhtah.

Mungkin hati ini terasa akan rindu pada Mu. Tapi adakah semua yang tersentuh di hati Ku ini bermakna untuk dibuat bekalan dalam perjalanan Ku. Mungkin segalanya adalah bekalan yang terbaik buat diri ini agar Aku terus yakin tanpa rasa curiga akan segala yang telah tertakdir buat diri Ku. 

Rindu ini memberikan Aku kekuatan dalam memastikan setiap langkah Ku tetap berpijak dengan nyata di atas bumi ini. Aku masih dapat merasakan akan setiap kata-kata Mu dahulu. Tiada yang jelas, hanya bayangan cinta Mu kepada Ku terucap dari bibir Mu. Sesungguhnya Aku amat berhati-hati akan setiap bicara Mu demi sebuah kepastian janji Mu.

Semoga segala rindu ini bererti untuk Ku bawa hingga ke akhir nanti.