Tuesday, 11 September 2018

Esok Yang Tidak Dijanjikan

11 September 2018 (Selasa) 1.09 pagi

Seminit waktu yang berlalu, Aku masih meniti titian perjalanan ini. Segala harapan masih pada ku yang amat ku nantikan. Semuanya bagaikan berlagu untuk ku sambut menyanyikan semangat cinta buat Mu. Namun masa telah bergerak pergi. Jauh meninggalkan ku. Aku masih berharap agar waktu itu dapat kembali kepada ku. Ehsan mu ku dambarkan agar Aku menjadi insan yang bahagia. Namun segalanya bukanlah suatu janji buat ku. Masihkan esok terzahir janji itu buat ku.




Saturday, 8 September 2018

Mungkinkah Esok Menanti Ku

8 September 2018 (Sabtu) 12.32 tengah malam

Hujan telah lama reda. Suasana dingin mulai menghilang. Udara malam mulai terasa sejuk. Namun dengupan jantung ku masih panas. Terasa seperti semuanya tidak kena. Letih badan disusurkan sakit pening di kepala. Aku masih terasa bingung atas peristiwa semalam. Masih tiada jawapan di penghujung kerisauan ku buat hari esok. Aku masih kepeningan memikirkan apa yang telah berlaku. Sebak dan sedih di dada atas kelukaan di hati. Semangat cinta semakin menghilang dalam diri ini. Masihkah ada esok buat ku yang setia menanti keabadian cinta....










Sunday, 2 September 2018

Tiada Senyuman Tanpa Diri Mu

2 September 2018 (Ahad) 6.23 petang

Awan mendung masih berlegar di langit. Namun semangat ku masih kuat. Aku masih tersenyum walaupun tanpa hadir mu. Aku tahu bahawa masa telah memisahkan kita dengan sempadan rindu yang tiada batasnya. Sesekali aku terkenangkan akan diri mu, Aku masih mampu tersenyum. Aku lemparkan sekias senyuman buat lelangit petang dengan harapan Aku dapat pulih dari gelora rindu semalam. Hujan dan guruh tidak dapat menahan akan harapan dan hasrat di hati ini, agar kau dengar keluhan kasih cinta ku buat mu. Tiada senyuman dapat ku lirikan tanpa adanya diri mu....