14 Oktober 2018 ( Ahad) 10.36 pagi
Hujan turun sejak semalaman. Pagi ini masih dibasihi dengan renyai halus membasahi bumi. Aku masih menitipkan harapan semalam, agar hari ini aku dapat pulih dari kemurungan hati yang masih lara. Segalanya tertutup sudah buat hati ku akan cinta yang telah pergi. Hari ini ku kuatkan semangat agar dapat ku tempuh waktu yang mendatang bagi meneruskan kehidupan ini. Mungkin semua itu telah berbalik akan harapan di jiwa ini agar kau punya empati akan keadaan ku. Namun semua itu meleset belaka kerana tiada sebarang berita buat ku. Mungkin telah tiada cinta mu buat ku lagi. Segalanya telah terhenti. Aku tahu, aku bukanlah seorang lelaki yang kau rindui.