Wednesday, 19 December 2018

Seutas Benang Hayat Ku

19 Disember 2018 (Rabu) 7.47 pagi

Seminggu sudah berlalu. Aku bersyukur ke hadrat Pencipta Ku kerana masih diizinkan untuk terus bernafas walaupun Aku tahu, seminggu yang lepas Aku hampir menghampiri perjalanan Ku yang terakhir. Segalanya Aku terima dengan berlapang dada. Seandainya nafas ini berakhir, Aku telah sedaya upaya melaksanakan amanah sebagai insan yang diberikan tanggungjawab untuk ku laksanakan sebagai hamba kepada pencipta Ku. Kini hari-hari yang mendatang, Aku jadikan teras untuk terus Ku garapkan bagi melaksanakan amanah yang terpikul walaupun Ku tahu segala semakin sukar. Redha dan Aku akan bahagia. Berserah dan tawakal atas usaha yang telah dilaksanakan. Aku masih mampu melirikkan sekuntum senyuman. Syukur kepada Pencipta Ku.