12 Disember 2019 (Khamis) 6.44 petang
Mentari jingga hampir tiba di ufuk timur. Melihatkan cahaya matahari petang hampir hilang. Aku masih di sini. Penantian yang tiada waktu buat ku. Hanya mengamati suasana petang yang hampir hilang. Menanti senja yang bakal menjelma. Tersentuh rasanya di hati ini, akan rindu yang pernah menjadi raja di hati ku. Seakan waktu boleh kembali tetapi tidak. Segalanya telah berlalu sepi tanpa sebarang berita. Nyatanya, cengkaman rindu begitu kuat di hati ini. Seperti baharu semalam cinta mu pergi. Perasaan sayang masih terdampar sepi. Aku rindu pada mu.