Thursday, 25 May 2017

Hujan

25 Mei 2017 (Khamis) 7.11 malam

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Di waktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi














Sunday, 21 May 2017

Cinta Ku Tanpa Akhirnya

21 Mei 2017 (Ahad) 5.15 pagi

Suboh akan hadir sebentar lagi. Aku tahu, masa telah menjemputku untuk terus sujud kepada Pencipta Ku. Hati ini masih terzahir akan cinta itu. Semoga segala akan dipermudahkan di sisi Nya.

Friday, 19 May 2017

Kasih Yang Tak Dirindukan

19 Mei 2017 (Jumaat) 2.38 petang

Terik panas di petang Jumaat ini. Gersang rasanya. Tumbuhan hijau banyak yang kering dan mati. Begitu jugalah rasanya kasih yang ku dambarkan di hati ini. Tiada angin sejuk yang menyapa di mukaku. Kelu lidah ku untuk berkata-kata lagi.






Sunday, 14 May 2017

Cinta Ini Tidak Lagi Tersisa

14 Mei 2017 (Ahad) 11.04 pagi

Hujan di ketika cahaya pagi menebusi jendela hati ini. Semoga awan mendung terus berarak pergi meninggalkan ku. Harapan ku hari ini, untuk terus menyinari kehidupan ku dengan warna pelangi. Jangan ada yang masih tertinggal segala memori duka di hati ku. Ku doakan agar cinta ku ini terus bercahaya dalam sinar kehidupan ku.














Sunday, 7 May 2017

Masihkah Jalan Itu Untuk Ku

7 Mei 2017 (Ahad) 12.43

Mentari sudah terik di puncak kepala ku. Aku masih diperingkatkan akan waktu kau meninggalkan ku. Di hati ku, kau masih dekat dengan ku. Tiada yang terjarak dengan waktu. Sentiasa di minda, sentiasa di hati ini. Kau pergi. Aku mengerti. 


Friday, 5 May 2017

Rupa Tanpa Wajah

5 Mei 2017 (Jumaat) 12.19 tengah malam

Sehari aku masih menunggu mu. Tapi kelibat mu masih tidak kelihatan. Letih rasanya menanti cinta yang kau janjikan itu. Suara hati mu dapat ku rasakan. Susuk tubuh mu dapat ku hangatkan buat diri ini. Tapi suara mu menusuk tebus telinga ku. Kau hadir di depan ku. Rupa tanpa wajah.






Tuesday, 2 May 2017

Cinta Mu Semusim Salju

2 Mei 2017 (Selasa) 6.04 pagi

Musim sejuk telah lebih empat minggu berakhir. Kini tiba musim bunga yang memberikan inspirasi dalam hidup ku. Ternyata udara yang nyaman tidak dapat ku bandingkan betapa sejuknya cuaca ketika di penghujung musim sejuk yang lalu. Ternyata, Aku masih dambarkan kasih dan cinta mu walau segala yang telah kau lakukan terhadap ku. Mungkin segala harapan telah berakhir. Yang tinggal hanyalah sebuah memori kasih mu terhadap ku. Semusim cinta mu, tapi itu sudah cukup memberikan kesan kepada kehidupan ku. Untuk sedetik hayat sebuah percintaan yang telah berakhir untuk ku bawa ke penghujung kehidupan. Tak perlulah kau nyatakan lagi curahan isi hati mu. Kerana kau tiada lagi menyintai ku. Tiada lagi gurauan kasih dan perasaan yang mencuit hati. Segala jua telah terurai jambangan kasih di hati ini.



















Monday, 1 May 2017

Labour of Love

1 Mei 2917(Isnin) 6.22 pagi.

Detik waktu telah lama menantiku. Akan ku tunggu untuk menuai kasih di hati Mu.