2 Mei 2017 (Selasa) 6.04 pagi
Musim sejuk telah lebih empat minggu berakhir. Kini tiba musim bunga yang memberikan inspirasi dalam hidup ku. Ternyata udara yang nyaman tidak dapat ku bandingkan betapa sejuknya cuaca ketika di penghujung musim sejuk yang lalu. Ternyata, Aku masih dambarkan kasih dan cinta mu walau segala yang telah kau lakukan terhadap ku. Mungkin segala harapan telah berakhir. Yang tinggal hanyalah sebuah memori kasih mu terhadap ku. Semusim cinta mu, tapi itu sudah cukup memberikan kesan kepada kehidupan ku. Untuk sedetik hayat sebuah percintaan yang telah berakhir untuk ku bawa ke penghujung kehidupan. Tak perlulah kau nyatakan lagi curahan isi hati mu. Kerana kau tiada lagi menyintai ku. Tiada lagi gurauan kasih dan perasaan yang mencuit hati. Segala jua telah terurai jambangan kasih di hati ini.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.