Saturday, 9 December 2017

Biarkan Masa Menjawab Rindu Ini

9 Disember 2017 (Sabtu) 6.25 pagi

Kehinangan malam telah membangkit hati ini sejak jam 3.00 pagi. Aku tetap bersyukur kerana  telah diizinkan berbisik pada bumi untuk ku panjatkan doa rindu ku selama ini. Biarkan seribu pengharapan terbang ke langit. Aku tetap yakin untuk suatu perjalanan ini ku tempuhi. Semoga segala rindu yang terpahat di hati ku ini, menjelma segala jawapannya.

Kesepian ini tidak akan menyebabkan Aku tidak keruaan biarkan pun peluh di dada ku akan kekeringan. Biarkan cahaya hati ini menjadi penawar segala rindu... Biarkan waktu menjawab segalanya.













Thursday, 7 December 2017

Cinta Jangan Berakhir

7 Disember 2017 (Khamis) 10.58 malam

Dalam suasana gelap gulita, kelam di hati. Tiada sinaran lampu LED yang menerangi malam ku. Hujan di luar jendela membuatkan hati ini terus resah tanpa apa-apa bicara di hati ku. Segalanya telah terpadam. Namun ku masih mengharapkan agar cinta di hati ini terus hidup menyinari ku di sepanjang perjalanan yang jauh ini. Aku tahu, Aku tak punya biaya yang kukuh. Tuhan telah mengambil sedikit kesihatan ku. Sedikit demi sedikit Aku rasakan bahawa tubuh ini telah terlalu letih dan kerap merasakan kesakitan di sepanjang perjalanan ku ini.

Cinta... hadirkanlah diri mu. Aku perlukan mu. Aku perlu terus bersinar untuk meneruskan perjalanan ini. Sepi rasanya. Jangan biarkan segalanya berakhir begitu sahaja.

Cinta... Jangan berakhir.