Thursday, 7 December 2017

Cinta Jangan Berakhir

7 Disember 2017 (Khamis) 10.58 malam

Dalam suasana gelap gulita, kelam di hati. Tiada sinaran lampu LED yang menerangi malam ku. Hujan di luar jendela membuatkan hati ini terus resah tanpa apa-apa bicara di hati ku. Segalanya telah terpadam. Namun ku masih mengharapkan agar cinta di hati ini terus hidup menyinari ku di sepanjang perjalanan yang jauh ini. Aku tahu, Aku tak punya biaya yang kukuh. Tuhan telah mengambil sedikit kesihatan ku. Sedikit demi sedikit Aku rasakan bahawa tubuh ini telah terlalu letih dan kerap merasakan kesakitan di sepanjang perjalanan ku ini.

Cinta... hadirkanlah diri mu. Aku perlukan mu. Aku perlu terus bersinar untuk meneruskan perjalanan ini. Sepi rasanya. Jangan biarkan segalanya berakhir begitu sahaja.

Cinta... Jangan berakhir.













No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.