Monday, 16 March 2020

Mencintai Mu

16 Mac 2020 (Isnin) 5.25 petang


Perjalanan ini penuh dengan pancaroba. Mencintai Mu adalah satu pengharapan yang tinggi. Aku tak pernah dapat merasakan nilai cinta yang begitu tinggi hakikatnya. Tiada nafas ku dapat membezakan apa yang terpendam di dada ini. Aku tidak pernah menyangka apa perasaan di hati ku. Cinta ini luar biasa, kerana ia dapat bertahan begitu lama. Tanpa imbalan harta atau kedudukan. Apa yang ku tahu hanya cinta ini kepada Mu. Kau adalah bidadari di hati ini. Hitam mata Mu. Ikal mayang berkerinting rambut Mu. Aku hanya orang biasa. Tapi cinta ini sangat luar biasa. Tiga puluh tujuh tahun lamanya. sangat lama bukan. Aku hanya mahu setia menyintai Mu.... Walaupun kita bukan ditakdirkan untuk bersama. Hanya ketulusan kepada Mu.




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.