Friday, 30 December 2016

Kau Sempurnakan Aku

30 Disember 2016 (Jumaat) 5.19 petang


Kau hadir di saat ku menantikan mu. Harapan ku adalah kau jujur dalam membalas cinta ku. Nyatanya, kau hadir dan kau zahirkan bukti cinta mu itu kepada ku.


Kau melengkapkan diri ini.










Wednesday, 28 December 2016

Setengah Mati Merindu

28 Disember 2016 (Rabu) 7.28 malam

Mentari merah telah hilang di ufuk Timur. Jiwa ini masih terasa akan waktu itu. Ketika kali pertama kau zahirkan perasaan mu kepada ku pada awal September 2013. Kau dedikasikan sebuah lagu. Setengah Mati Merindu. Pada mulanya Aku tidak tahu siapakah penyanyi yang mendendangkan lagu itu. Tapi lama kelamaan perasaan ingin tahu ku telah membawa Aku kepada Judika. Seorang artis dari Indonesia.

Sesungguhnya Aku sangat terkesan akan lirik lagu itu. Seolah-olah kau mahukan Aku hadir lebih awal ke dalam hidup mu....











Sunday, 25 December 2016

Istana di Puncak Hati

25 Disember 2016 (Ahad) 4.17 petang

Teringat Aku akan tanggal 8 Oktober 2013 lalu, kau menjemput ku makan malam bersama mu. Tak kala Aku kesibukan urusan kerja ku, menyatakan kesudian ku untuk bersamamu. Walaupun pertemuan sebulan lebih yang lalu kita tidak dapat berbicara, namun Aku takkan menghampakan diri mu untuk berbicara walaupun sewaktu suatu ketika dahulu, kita memang tidak pernah dapat sebenarnya berbicara walaupun kita dalam keluarga kelas yang sama.

Kali ini pilihan hidangan malam kita kau memilih makanan masakan Thai. Aku teruja akan pilihan mu. Kau sememangnya seorang yang pandai memasak. Mungkin suatu hari nanti kita akan dapat makan malam bersama sebagai satu keluarga.























Teratak Kecil Di Hujung Hati Mu

25 Disember 2016 (Ahad) 9.18 pagi

Cahaya pagi ini masih suram. Mungkin tiada salji untuk menggambarkan suasana dingin di pagi cuti perayaan Hari Natal.

Teringat Aku akan bicara kita yang kau pernah sampai ke teratak kecil ku... Tahun 2003 ternyata masih segar di ingatan ku. Tiada apa yang dapat ku zahirkan. Hanya yang terpapar gambar ku di ruang tamu ketika kau menjejakkan kaki mu ke ruang tamu. Walau pun tiada portret mu di kediaman kecil ku ini. Namun segalanya sentiasa tersemadi di ruang hati ini.  Jika dibandingkan dengan dirimu, sesungguhnya kau lebih bertuah kerana memiliki kediaman yang berkedudukan simpang di penjuru jalan. Luas sisi tanah lapang dan hadapan kediaman mu.  Siapalah aku jika dibandingkan dengan mu. Kau memiliki lebih dari ku. Aku tak punya apa-apa kelebihan berbanding diri mu. Nyatanya kau memiliki secukupnya buat kehidupan mu.

Hadir ku hanya sedetik lebih atas cinta yang kau berikan untuk ku. Sepanjang hadirku ke dalam cinta mu... 30 tahun adalah suatu tempoh masa yang agak lama. Cinta ku ini untuk mu berbalas setelah kali terakhir kita bersama 26 tahun yang lalu.









Sunday, 4 December 2016

Tatkala Rindu Berbalas

4 Disember 2016 (Ahad) 4.10 petang

Cuaca panas di luar jendela ku di petang ini menandakan malam hari nanti akan hujan. Mungkin lebat. Aku masih terasa suasana percintaan kita dulu. Walau bagaimana sukarnya setiap sesuatu itu, akan dipermudahkan jua jika kita bersatu hati mencari ruang untuk penyelesaian. Aku masih teringat di awal bulan September 2013 dahulu... Kau sering meluahkan perasaan mu kepada ku. Nyata mu, kau amat merindui ku. Tak sabar rasanya ingin bertemu ku. Aku jua berkongsi perasaan yang sama.















Saturday, 3 December 2016

Luncheon@Allson Klana

3 Disember 2016 (Sabtu) 12.11 tengah hari

Deringan nada di telefon membuatkan Aku tersentak secara tiba-tiba. Aku mengangkat telefon bimbit ku lalu memandang paparan skrin. Hmmnn.... sayang ku rupanya. Lalu Aku menekan butang hijau untuk menjawab panggilan mu.

"Yes Sayang... How are you darling?" Bingkas ku menjawab panggilan mu. "Sayang.... Emn...I rindu la kat you. Datang laa kat sini. Tak sabar nak jumpa you" Pinta mu.... "OK" jawab ku.




"Tapi, you datang tengah hari sikit, I ada meeting kat Bandar Baru Serting. Nanti you tunggu I kat Allson Klana. You tahu kan tempat tu... . Dah dekat dengan rumah I tu...." Ujur mu lagi. "Kita lunch sesama ya." Sambung you lagi. "Lepas lunch nanti I bawa you ke rumah I."   "OK" Jawab ku.




Tuesday, 29 November 2016

Ku Pendam Rindu

29 November 2016 (Selasa) 6.00 petang

Indah betul lagu dari kumpulan Gingerbread "Kau Ku Rindukan". Klasik betul. Evergreen.


Saturday, 26 November 2016

Rasa Utara di Berjaya Times Square

26 November 2016 (Sabtu) 8.31 malam

Kesibukan diri mu menyebabkan kau tak bisa liburan di Kuala Lumpur. Hidup mu hanya tertumpu di kawasan tempat tinggal mu sahaja.  Aku masih terbayang akan waktu itu, hari kedua kau di OSH Kuala Lumpur.  Bila kau hadir di Kuala Lumpur ini, Aku melihat diri mu seperti burung yang bebas, berkicauan, ceria dan bahagia. Sesungguhnya bahagia mu itu dapat ku rasakan akan keindahannya.

Memori minda ku masih berputar di bulan November 2013 lalu. Kau pinta ku membelikan lampu flourecent bulp jenis tornado agar sesuai dipasang di kamar bilik mu. Ujur mu Lampu mentol jenis filimen agar suram dan tidak jelas serta kekuningan yang malap menyebabkan mata mu tidak dapat melihat kertas-kertas yang kau semak. Kau juga meminta ku membelikan mu peket serbuk minuman Milo sebagai penyegar minda mu di waktu semakan kertas perbincangan mesyuarat.

Tatkala aku sampai di kamar bernombor 410, aku membunyikan loceng tetamu. Bingkasnya, kau membuka pintu kamar mu tanpa rasa kekok seolah-olah menanti kehadiran ku.  "Sayang...letakkan barang-barang atas meja. Hmmnn... I rindukan you." Kau terus memelukku dan mengucup pipi kanan ku. "I missed you a lot dear.." Ujur mu lagi.

Tiba-tiba Aku terasa begitu amat bahagia akan dakapan dada mu bersentuhan rapat ke dada ku. Kau letakkan pipi mu ke bahu kanan ku. Kau letakkan telapak tangan kanan mu ke belakang badan ku sambil tangan kiri mu merangkul erat ke pinggul ku. Sungguh aku terkesan akan dakapan mu itu. Inilah rasa bahagia yang ku rasakan dan ternyata amat indah sekali di hati ini.

Usai..."Sayang, I rasa lapar. Jom kita makan." Ujur mu. "Err... I baru sampai, meh kita solat dulu." Balas ku. "Yuk!, I nak solat dengan you" Ujur mu lagi.  "Lepas solat, I bawa you ke Berjaya Times Square ya Sayang. Rasa nyer you tak pernah sampai tempat tu.." Nyata ku. Kau mengangguk tanda setuju.











Friday, 25 November 2016

Zahiran Cinta di OSH Kuala Lumpur

25 November 2016 (Jumaat) 5.35 petang

Ku mengintai di jendela kamar pejabat ku, ku lihat cuaca di luar masih suram. Hati ini masih terasa akan debaran kasih yang pernah kau berikan pada ku. Teringat di waktu itu, kau meminta ku mencari di mana tempatnya OSH Kuala Lumpur. Alasan mu, kau tidak begitu mahir keadaan jalan dan tempat di Kuala Lumpur. Lalu ku carikan peta di Google Map akan lokasi tempatnya.




"Nanti you jangan lupa temankan I selama I di sana selama sebulan lamanya." Ujur mu. Aku tahu yang kau memang tidak berapa mahir akan kawasan di Kuala Lumpur. Lalu aku tawarkan untuk berada di sisi mu selama tempoh waktu itu dan Aku mencadangkan agar Aku menempah Bilik Suite kerana ruang biliknya lebih besar dan selesa di samping mempunyai kemudahan kamar bilik yang lebih baik. Namun tawaran ku kau tolak dengan begitu sahaja. Ujur mu yang kau tak mahu Aku membazirkan wang sejumlah itu untuk Mu. "Nanti you share aje dengan I sebilik. Jimat kos" Kata mu. Aku faham akan  niat mu. Kau adalah seorang yang jenis suka berjimat cermat dan sangat berhati-hati dalam perancangan kewangan. Masakan tidak, dengan Ijazah Sarjana Muda mu yang kau seorang pakar dalam membelanjakan wang secara berhemah dan tertib. Ditambah pula kau sekarang mempunyai Ijazah Sarjana. Hmmn... memang kau seorang yang sangat bagus dalam aspek kewangan dan merancang kehidupan mu.




Aku masih ingat lagi tarikh itu, 21 November 2013 (Khamis), kau meminta ku datang ke OSH Kuala Lumpur. Kau memberitahu ku yang kau ada memasakkan ku bubur istimewa yang kau buatkan khas untuk ku. Kau memberitahu ku yang bubur yang kau buatkan itu adalah mengikut resipi khas yang disediakan dengan beberapa ramuan yang istimewa. Teringat jua kata-kata mu " Nanti bila you makan bubur yang I buatkan ini, cinta you kepada I akan terus bertambah. Rahsianya adalah bila I masak bubur ini, I doakan hati you akan terus terbuka dengan lebih luas untuk menyintai I..... Resipi utama adalah cinta I kepada you. Bila I kacau dan didihkan bubur ini, I doakan kepada Allah swt agar hati you akan jadi milik I selamanya. Aameen." Ujur mu lagi. Sayangku, you tak bagi makan bubur nie pun I dah lama menyintai mu. Tapi bila dapat makan masakan mu, rasa cinta ini akan terus lebih kuat dan jitu. 










Sunday, 20 November 2016

KBox Dataran Senawang

20 November 2016 (Ahad) 4.37 petang

Langit tak selalu cerah. Begitulah cuaca di luar jendela ku. Mendung tak bererti hujan. Aku menarik nafas...terasa sesak di dada ini. Memori kasih mu masih ku simpan di kotak ingatan ku. Segalanya terlalu pantas berlalu meninggalkan ku. Tiada lagi sisa waktu yang masih sudi hadir bersama ku. Aku teringat lagi sewaktu kau menghubungi ku melalui sistem media sosial WhatsApp di suatu petang. Lalu ku balas melalui panggilan telefon terus kepada mu. Kau nyatakan rasa bosan di rumah mu di Bandar Warisan Puteri. Masih terdengar di corong telinga ku "Meh la turun sini, I bosan laa.... Kita karaoke. I ada port baik punya."  Ujur mu....  Terasa lapang di hati bila kau jemput ku. Selama 26 tahun lalu kita tak pernah berkareoke dan hari  ini kau menjemput ku untuk bersama mu. Terbayang di kelopak mata ku. Kau memang sudah terlalu bosan di rumah. "Sayang... you tahu tak Dataran Senawang?" Kau terus lontarkan pertanyaan kepada ku. "Ya...sayang" jawab ku. "Nanti you terus ke Mac Donald, kita makan lite dinner dulu. Lepas tu, kita karaoke ye" Sambung mu. Aku hanya mampu tersenyum. Nyatanya aku tidak pernah berkareoke bersama mu. 

Selepas kau belikan ku set makanan dan minuman di Mc Donald, kita habiskan set yang kau belikan buat kita berdua. "Lepas ini you ikut I ke  KBox Karaoke tapi you park kereta you jauh sikit dari kereta I. Tempat ini, port I dengan kengkawan I bila I rasa bosan. Apa pun, bagi I booked dulu bilik, nanti dah settle I panggil you naik ke atas....okay! " Ujur mu dengan lirikan senyuman mu di bibir. Tidak sampai 10 minit, kau turun ke bawah dan mengajak ku naik ke bilik karaoke yang siap kau tempah. "Hari ini, I belanja you sayang kareoke ya... Kita nyanyi puas-puas sampai lebam." Sambil kau menarik tangan ku ke atas dari tangga bawah. Ku genggam erat jejari tangan mu. Sampai sahaja di bilik karaoke, kau terus ambil alat kawalan pilihan lagu dan terus memilih lagu di paparan set skrin TV. Mungkin sebab kau sudah biasa memilih lagu kegemaran mu, menjadikan ia terlalu mudah untuk kau perdengarkan suara emas mu buat tatapan halwa telinga ku. Sesungguhnya, kemerduan suara merdu mu tak menghampa harapan hati ini untuk ku menikmati bertapa indahnya suara mu. Nyatanya kau tidak kekok memulakan ungkapan bait-bait lagu yang terpapar di paparan skrin TV.

Aku terus terhibur akan kemerduan suara mu. Segalanya menguatkan lagi rasa cinta di hati ini terhadap mu....sayang ku. Setelah selesai lagu mu...kau pinta ku berduet bersama mu. Kau memilih lagu pasangan M Nasir dan Yusnizar... "Dua Insan". Aku tidak menolak pilihan mu itu, lalu ku sambut dengan tangan terbuka dan terus memegang mikrofon wireless... Alunan musik yang lembut, membuatkan Aku terasa dihargai bila kau kembali mencari ku setelah 26 tahun terpisah dan Aku merasakan lagu yang kau pilih ini amat bermakna dalam hidup ku. Sesungguhnya, kau memilih ku atas cinta yang sememangnya ku dambarkan sejak sekian lama. Doa ku agar cinta yang kau berikan ini dapat kita zahirkan sebagai kekasih yang abadi, pasangan hidup suami dan isteri. Aku masih teringat semasa 26 tahun yang lalu, ketika aku menunggu untuk menghantar mu pulang selepas tamat peperiksaan SPM untuk kau pulang ke Taiping, doa ku kepada Allah swt yang Maha Esa, agar suatu hari nanti kau menjadi suri hati ku kekal abadi buat selamanya.








Sunday, 13 November 2016

Sudah Ku Tahu

13 November 2016 (Ahad) 9.05 malam

Cuaca di luar masih lagi gerimis. Aku perlu membasahkan diri setelah terkena hujan ketika pergi dan kembali dari surau.

Masa mungkin terlalu pantas berlalu. Aku sudah letih menanti jawapan atas kedukaan cinta di hati ini. Masih tiada sinar untuk terus ku bergerak ke hadapan. Segalanya sunyi dan sepi.

Perjalanan ini masih jauh. Namun segalanya masih berat di hati ku ini.

Aku tahu, bahawa tiada lagi cinta mu untuk kau zahirkan buat ku. Cinta mu selama ini memberikan kekuatan buat diri ini. Masakan tidak, cinta ini mampu bertahan selama 32 tahun. Akhirnya kau buang ku di sisi mu. Tiada dapat ku tahan luka yang kau guriskan.

Ku tahu, cinta mu terhadap ku telah berakhir. Hanya yang tinggal ialah sebuah memori kasih cinta mu kepada ku.




Sudah ku tahu. Namun cinta ku masih utuh di hati ini.











Monday, 1 August 2016

Senyumlah Kuala Lumpur

1 Ogos 2016 (Isnin) 10.05 malam

Biarlah cahaya neon bersinar. Namum segala telah berakhir. Apa yang tinggal hanya kenangan cinta yang abadi. Di sini ku bersemadi buat selamanya.

Senyumlah Kuala Lumpur.


Tuesday, 26 July 2016

Portrait Kasih Mu

26 Julai 2016 (Selasa) 10.46 malam

Jauh waktu meninggalkan ku. Tiada siapa yang tahu betapa jauh aku telah berlalu. Hanya dapat ku gambarkan melalui portrait. Sebuah portrait kasih mu.

Aku masih percaya rembulan masih terus menyinari hati ini. Demi sebuah kasih untuk Aku.


Monday, 25 July 2016

Tatkala Tawa Mu Mencuit Hati Ini

25 Julai 2016 (Isnin) 12.15 tengah malam


Aku masih terbayang waktu percintaan kita. Segalanya terlalu indah untuk ku bicarakan. Nyatakan Aku amat menyintai mu. Tiada yang tak dapat ku zahirkan dalam hati ini. Bicara kita sungguh puitis buat hati ini. Aku adalah bayang mu. Siapalah Aku tanpa cinta mu. Setiap detik dan ketika hanyalah untuk mu.


Di saat Aku menjeling wajah mu, Aku tertawan akan kejelitaan mu. Saat terus memerhati geligat mu.... Aku tertawan. Sesungguhnya cinta di hati ini, tiba di saat tawa mu. Kau mencuit hati ini. Sayang Ku....













Sunday, 24 July 2016

Mengimbau Kasih Semalam

24 Julai 2016 (Ahad) 9.51 malam


Malam telah hadir menemani ku. Tatkala suasana gelap gelita tanpa sinaran lampu jalan, hati ini terasa sebak akan segala kisah cinta antara Aku dan mu berlalu pergi. Jauh rasanya perjalanan cinta ku.

Mengharap panas sampai ke petang, ternyata hujan di tengah hari. Tiada lagi yang dapat ku tunggu, hanya sebuah harapan yang telah hancur berkecai. Cinta ku berbalas setelah berlabuh selama 26 tahun. Tetapi hancur ketika ombak melanda kasih yang disauh di dermaga cinta mu.

Sedih rasanya di hati ini. Tiada jawapan cinta, tiada siapa yang dapat merawat luka yang dalam. Tanpa kasih mu. Aku lemas di jurang kekecewaan.










Sunday, 10 July 2016

Erti Sebuah Harapan

10 Julai 2016 (Ahad) 3.46 petang


Hari ini adalah merupakan Syawal yang kelima. Entah mengapa terasa mengapa Aku terasa harus mengisi ruang masa ini dengan ayat-ayat dari memori semalam. Hampir pasti Aku merasakan bahawa masa telah berlalu pergi dengan pantas. Rasa kehilangan di hati ini masih panas di dada. Malam tadi Aku telah bermimpi bersama dia yang telah pergi. Indah rasanya, bagai di syurga. Nikmat cinta yang Allah swt kurniakan kepada diri ini, tidak ternilai rasanya. Zahir kasihnya mengingatkan diri ku ini bertapa bertuahnya Aku dapat merasainya. Walaupun hanya untuk seketika.


Sesungguhnya cinta ini hanya untuk dia. Selamanya.











Friday, 8 July 2016

Hari Ini Untuk Esok

8 Julai 2016 (Jumaat) 12.38 tengah malam

Di waktu ini, Aku menyedari akan waktu yang berlalu telah jauh pergi meninggalkan diri ini. Ia takkan kembali lagi.