26 November 2016 (Sabtu) 8.31 malam
Kesibukan diri mu menyebabkan kau tak bisa liburan di Kuala Lumpur. Hidup mu hanya tertumpu di kawasan tempat tinggal mu sahaja. Aku masih terbayang akan waktu itu, hari kedua kau di OSH Kuala Lumpur. Bila kau hadir di Kuala Lumpur ini, Aku melihat diri mu seperti burung yang bebas, berkicauan, ceria dan bahagia. Sesungguhnya bahagia mu itu dapat ku rasakan akan keindahannya.
Memori minda ku masih berputar di bulan November 2013 lalu. Kau pinta ku membelikan lampu flourecent bulp jenis tornado agar sesuai dipasang di kamar bilik mu. Ujur mu Lampu mentol jenis filimen agar suram dan tidak jelas serta kekuningan yang malap menyebabkan mata mu tidak dapat melihat kertas-kertas yang kau semak. Kau juga meminta ku membelikan mu peket serbuk minuman Milo sebagai penyegar minda mu di waktu semakan kertas perbincangan mesyuarat.
Tatkala aku sampai di kamar bernombor 410, aku membunyikan loceng tetamu. Bingkasnya, kau membuka pintu kamar mu tanpa rasa kekok seolah-olah menanti kehadiran ku. "Sayang...letakkan barang-barang atas meja. Hmmnn... I rindukan you." Kau terus memelukku dan mengucup pipi kanan ku. "I missed you a lot dear.." Ujur mu lagi.
Tiba-tiba Aku terasa begitu amat bahagia akan dakapan dada mu bersentuhan rapat ke dada ku. Kau letakkan pipi mu ke bahu kanan ku. Kau letakkan telapak tangan kanan mu ke belakang badan ku sambil tangan kiri mu merangkul erat ke pinggul ku. Sungguh aku terkesan akan dakapan mu itu. Inilah rasa bahagia yang ku rasakan dan ternyata amat indah sekali di hati ini.
Usai..."Sayang, I rasa lapar. Jom kita makan." Ujur mu. "Err... I baru sampai, meh kita solat dulu." Balas ku. "Yuk!, I nak solat dengan you" Ujur mu lagi. "Lepas solat, I bawa you ke Berjaya Times Square ya Sayang. Rasa nyer you tak pernah sampai tempat tu.." Nyata ku. Kau mengangguk tanda setuju.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.