Ku mengintai di jendela kamar pejabat ku, ku lihat cuaca di luar masih suram. Hati ini masih terasa akan debaran kasih yang pernah kau berikan pada ku. Teringat di waktu itu, kau meminta ku mencari di mana tempatnya OSH Kuala Lumpur. Alasan mu, kau tidak begitu mahir keadaan jalan dan tempat di Kuala Lumpur. Lalu ku carikan peta di Google Map akan lokasi tempatnya.
"Nanti you jangan lupa temankan I selama I di sana selama sebulan lamanya." Ujur mu. Aku tahu yang kau memang tidak berapa mahir akan kawasan di Kuala Lumpur. Lalu aku tawarkan untuk berada di sisi mu selama tempoh waktu itu dan Aku mencadangkan agar Aku menempah Bilik Suite kerana ruang biliknya lebih besar dan selesa di samping mempunyai kemudahan kamar bilik yang lebih baik. Namun tawaran ku kau tolak dengan begitu sahaja. Ujur mu yang kau tak mahu Aku membazirkan wang sejumlah itu untuk Mu. "Nanti you share aje dengan I sebilik. Jimat kos" Kata mu. Aku faham akan niat mu. Kau adalah seorang yang jenis suka berjimat cermat dan sangat berhati-hati dalam perancangan kewangan. Masakan tidak, dengan Ijazah Sarjana Muda mu yang kau seorang pakar dalam membelanjakan wang secara berhemah dan tertib. Ditambah pula kau sekarang mempunyai Ijazah Sarjana. Hmmn... memang kau seorang yang sangat bagus dalam aspek kewangan dan merancang kehidupan mu.
Aku masih ingat lagi tarikh itu, 21 November 2013 (Khamis), kau meminta ku datang ke OSH Kuala Lumpur. Kau memberitahu ku yang kau ada memasakkan ku bubur istimewa yang kau buatkan khas untuk ku. Kau memberitahu ku yang bubur yang kau buatkan itu adalah mengikut resipi khas yang disediakan dengan beberapa ramuan yang istimewa. Teringat jua kata-kata mu " Nanti bila you makan bubur yang I buatkan ini, cinta you kepada I akan terus bertambah. Rahsianya adalah bila I masak bubur ini, I doakan hati you akan terus terbuka dengan lebih luas untuk menyintai I..... Resipi utama adalah cinta I kepada you. Bila I kacau dan didihkan bubur ini, I doakan kepada Allah swt agar hati you akan jadi milik I selamanya. Aameen." Ujur mu lagi. Sayangku, you tak bagi makan bubur nie pun I dah lama menyintai mu. Tapi bila dapat makan masakan mu, rasa cinta ini akan terus lebih kuat dan jitu.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.