Tuesday, 29 November 2016

Ku Pendam Rindu

29 November 2016 (Selasa) 6.00 petang

Indah betul lagu dari kumpulan Gingerbread "Kau Ku Rindukan". Klasik betul. Evergreen.


Saturday, 26 November 2016

Rasa Utara di Berjaya Times Square

26 November 2016 (Sabtu) 8.31 malam

Kesibukan diri mu menyebabkan kau tak bisa liburan di Kuala Lumpur. Hidup mu hanya tertumpu di kawasan tempat tinggal mu sahaja.  Aku masih terbayang akan waktu itu, hari kedua kau di OSH Kuala Lumpur.  Bila kau hadir di Kuala Lumpur ini, Aku melihat diri mu seperti burung yang bebas, berkicauan, ceria dan bahagia. Sesungguhnya bahagia mu itu dapat ku rasakan akan keindahannya.

Memori minda ku masih berputar di bulan November 2013 lalu. Kau pinta ku membelikan lampu flourecent bulp jenis tornado agar sesuai dipasang di kamar bilik mu. Ujur mu Lampu mentol jenis filimen agar suram dan tidak jelas serta kekuningan yang malap menyebabkan mata mu tidak dapat melihat kertas-kertas yang kau semak. Kau juga meminta ku membelikan mu peket serbuk minuman Milo sebagai penyegar minda mu di waktu semakan kertas perbincangan mesyuarat.

Tatkala aku sampai di kamar bernombor 410, aku membunyikan loceng tetamu. Bingkasnya, kau membuka pintu kamar mu tanpa rasa kekok seolah-olah menanti kehadiran ku.  "Sayang...letakkan barang-barang atas meja. Hmmnn... I rindukan you." Kau terus memelukku dan mengucup pipi kanan ku. "I missed you a lot dear.." Ujur mu lagi.

Tiba-tiba Aku terasa begitu amat bahagia akan dakapan dada mu bersentuhan rapat ke dada ku. Kau letakkan pipi mu ke bahu kanan ku. Kau letakkan telapak tangan kanan mu ke belakang badan ku sambil tangan kiri mu merangkul erat ke pinggul ku. Sungguh aku terkesan akan dakapan mu itu. Inilah rasa bahagia yang ku rasakan dan ternyata amat indah sekali di hati ini.

Usai..."Sayang, I rasa lapar. Jom kita makan." Ujur mu. "Err... I baru sampai, meh kita solat dulu." Balas ku. "Yuk!, I nak solat dengan you" Ujur mu lagi.  "Lepas solat, I bawa you ke Berjaya Times Square ya Sayang. Rasa nyer you tak pernah sampai tempat tu.." Nyata ku. Kau mengangguk tanda setuju.











Friday, 25 November 2016

Zahiran Cinta di OSH Kuala Lumpur

25 November 2016 (Jumaat) 5.35 petang

Ku mengintai di jendela kamar pejabat ku, ku lihat cuaca di luar masih suram. Hati ini masih terasa akan debaran kasih yang pernah kau berikan pada ku. Teringat di waktu itu, kau meminta ku mencari di mana tempatnya OSH Kuala Lumpur. Alasan mu, kau tidak begitu mahir keadaan jalan dan tempat di Kuala Lumpur. Lalu ku carikan peta di Google Map akan lokasi tempatnya.




"Nanti you jangan lupa temankan I selama I di sana selama sebulan lamanya." Ujur mu. Aku tahu yang kau memang tidak berapa mahir akan kawasan di Kuala Lumpur. Lalu aku tawarkan untuk berada di sisi mu selama tempoh waktu itu dan Aku mencadangkan agar Aku menempah Bilik Suite kerana ruang biliknya lebih besar dan selesa di samping mempunyai kemudahan kamar bilik yang lebih baik. Namun tawaran ku kau tolak dengan begitu sahaja. Ujur mu yang kau tak mahu Aku membazirkan wang sejumlah itu untuk Mu. "Nanti you share aje dengan I sebilik. Jimat kos" Kata mu. Aku faham akan  niat mu. Kau adalah seorang yang jenis suka berjimat cermat dan sangat berhati-hati dalam perancangan kewangan. Masakan tidak, dengan Ijazah Sarjana Muda mu yang kau seorang pakar dalam membelanjakan wang secara berhemah dan tertib. Ditambah pula kau sekarang mempunyai Ijazah Sarjana. Hmmn... memang kau seorang yang sangat bagus dalam aspek kewangan dan merancang kehidupan mu.




Aku masih ingat lagi tarikh itu, 21 November 2013 (Khamis), kau meminta ku datang ke OSH Kuala Lumpur. Kau memberitahu ku yang kau ada memasakkan ku bubur istimewa yang kau buatkan khas untuk ku. Kau memberitahu ku yang bubur yang kau buatkan itu adalah mengikut resipi khas yang disediakan dengan beberapa ramuan yang istimewa. Teringat jua kata-kata mu " Nanti bila you makan bubur yang I buatkan ini, cinta you kepada I akan terus bertambah. Rahsianya adalah bila I masak bubur ini, I doakan hati you akan terus terbuka dengan lebih luas untuk menyintai I..... Resipi utama adalah cinta I kepada you. Bila I kacau dan didihkan bubur ini, I doakan kepada Allah swt agar hati you akan jadi milik I selamanya. Aameen." Ujur mu lagi. Sayangku, you tak bagi makan bubur nie pun I dah lama menyintai mu. Tapi bila dapat makan masakan mu, rasa cinta ini akan terus lebih kuat dan jitu. 










Sunday, 20 November 2016

KBox Dataran Senawang

20 November 2016 (Ahad) 4.37 petang

Langit tak selalu cerah. Begitulah cuaca di luar jendela ku. Mendung tak bererti hujan. Aku menarik nafas...terasa sesak di dada ini. Memori kasih mu masih ku simpan di kotak ingatan ku. Segalanya terlalu pantas berlalu meninggalkan ku. Tiada lagi sisa waktu yang masih sudi hadir bersama ku. Aku teringat lagi sewaktu kau menghubungi ku melalui sistem media sosial WhatsApp di suatu petang. Lalu ku balas melalui panggilan telefon terus kepada mu. Kau nyatakan rasa bosan di rumah mu di Bandar Warisan Puteri. Masih terdengar di corong telinga ku "Meh la turun sini, I bosan laa.... Kita karaoke. I ada port baik punya."  Ujur mu....  Terasa lapang di hati bila kau jemput ku. Selama 26 tahun lalu kita tak pernah berkareoke dan hari  ini kau menjemput ku untuk bersama mu. Terbayang di kelopak mata ku. Kau memang sudah terlalu bosan di rumah. "Sayang... you tahu tak Dataran Senawang?" Kau terus lontarkan pertanyaan kepada ku. "Ya...sayang" jawab ku. "Nanti you terus ke Mac Donald, kita makan lite dinner dulu. Lepas tu, kita karaoke ye" Sambung mu. Aku hanya mampu tersenyum. Nyatanya aku tidak pernah berkareoke bersama mu. 

Selepas kau belikan ku set makanan dan minuman di Mc Donald, kita habiskan set yang kau belikan buat kita berdua. "Lepas ini you ikut I ke  KBox Karaoke tapi you park kereta you jauh sikit dari kereta I. Tempat ini, port I dengan kengkawan I bila I rasa bosan. Apa pun, bagi I booked dulu bilik, nanti dah settle I panggil you naik ke atas....okay! " Ujur mu dengan lirikan senyuman mu di bibir. Tidak sampai 10 minit, kau turun ke bawah dan mengajak ku naik ke bilik karaoke yang siap kau tempah. "Hari ini, I belanja you sayang kareoke ya... Kita nyanyi puas-puas sampai lebam." Sambil kau menarik tangan ku ke atas dari tangga bawah. Ku genggam erat jejari tangan mu. Sampai sahaja di bilik karaoke, kau terus ambil alat kawalan pilihan lagu dan terus memilih lagu di paparan set skrin TV. Mungkin sebab kau sudah biasa memilih lagu kegemaran mu, menjadikan ia terlalu mudah untuk kau perdengarkan suara emas mu buat tatapan halwa telinga ku. Sesungguhnya, kemerduan suara merdu mu tak menghampa harapan hati ini untuk ku menikmati bertapa indahnya suara mu. Nyatanya kau tidak kekok memulakan ungkapan bait-bait lagu yang terpapar di paparan skrin TV.

Aku terus terhibur akan kemerduan suara mu. Segalanya menguatkan lagi rasa cinta di hati ini terhadap mu....sayang ku. Setelah selesai lagu mu...kau pinta ku berduet bersama mu. Kau memilih lagu pasangan M Nasir dan Yusnizar... "Dua Insan". Aku tidak menolak pilihan mu itu, lalu ku sambut dengan tangan terbuka dan terus memegang mikrofon wireless... Alunan musik yang lembut, membuatkan Aku terasa dihargai bila kau kembali mencari ku setelah 26 tahun terpisah dan Aku merasakan lagu yang kau pilih ini amat bermakna dalam hidup ku. Sesungguhnya, kau memilih ku atas cinta yang sememangnya ku dambarkan sejak sekian lama. Doa ku agar cinta yang kau berikan ini dapat kita zahirkan sebagai kekasih yang abadi, pasangan hidup suami dan isteri. Aku masih teringat semasa 26 tahun yang lalu, ketika aku menunggu untuk menghantar mu pulang selepas tamat peperiksaan SPM untuk kau pulang ke Taiping, doa ku kepada Allah swt yang Maha Esa, agar suatu hari nanti kau menjadi suri hati ku kekal abadi buat selamanya.








Sunday, 13 November 2016

Sudah Ku Tahu

13 November 2016 (Ahad) 9.05 malam

Cuaca di luar masih lagi gerimis. Aku perlu membasahkan diri setelah terkena hujan ketika pergi dan kembali dari surau.

Masa mungkin terlalu pantas berlalu. Aku sudah letih menanti jawapan atas kedukaan cinta di hati ini. Masih tiada sinar untuk terus ku bergerak ke hadapan. Segalanya sunyi dan sepi.

Perjalanan ini masih jauh. Namun segalanya masih berat di hati ku ini.

Aku tahu, bahawa tiada lagi cinta mu untuk kau zahirkan buat ku. Cinta mu selama ini memberikan kekuatan buat diri ini. Masakan tidak, cinta ini mampu bertahan selama 32 tahun. Akhirnya kau buang ku di sisi mu. Tiada dapat ku tahan luka yang kau guriskan.

Ku tahu, cinta mu terhadap ku telah berakhir. Hanya yang tinggal ialah sebuah memori kasih cinta mu kepada ku.




Sudah ku tahu. Namun cinta ku masih utuh di hati ini.