Saturday, 9 December 2017

Biarkan Masa Menjawab Rindu Ini

9 Disember 2017 (Sabtu) 6.25 pagi

Kehinangan malam telah membangkit hati ini sejak jam 3.00 pagi. Aku tetap bersyukur kerana  telah diizinkan berbisik pada bumi untuk ku panjatkan doa rindu ku selama ini. Biarkan seribu pengharapan terbang ke langit. Aku tetap yakin untuk suatu perjalanan ini ku tempuhi. Semoga segala rindu yang terpahat di hati ku ini, menjelma segala jawapannya.

Kesepian ini tidak akan menyebabkan Aku tidak keruaan biarkan pun peluh di dada ku akan kekeringan. Biarkan cahaya hati ini menjadi penawar segala rindu... Biarkan waktu menjawab segalanya.













Thursday, 7 December 2017

Cinta Jangan Berakhir

7 Disember 2017 (Khamis) 10.58 malam

Dalam suasana gelap gulita, kelam di hati. Tiada sinaran lampu LED yang menerangi malam ku. Hujan di luar jendela membuatkan hati ini terus resah tanpa apa-apa bicara di hati ku. Segalanya telah terpadam. Namun ku masih mengharapkan agar cinta di hati ini terus hidup menyinari ku di sepanjang perjalanan yang jauh ini. Aku tahu, Aku tak punya biaya yang kukuh. Tuhan telah mengambil sedikit kesihatan ku. Sedikit demi sedikit Aku rasakan bahawa tubuh ini telah terlalu letih dan kerap merasakan kesakitan di sepanjang perjalanan ku ini.

Cinta... hadirkanlah diri mu. Aku perlukan mu. Aku perlu terus bersinar untuk meneruskan perjalanan ini. Sepi rasanya. Jangan biarkan segalanya berakhir begitu sahaja.

Cinta... Jangan berakhir.













Monday, 13 November 2017

Farsa Cinta Mu

13 November 2017(Isnin) 8.01 pagi

Cerah mentari pagi. Harapan ku agar hati ini terus bersinar. Semoga cahaya pagi dapat mengubat segala kesuraman di diri ini. Walau sukar sekalipun apa yang telah kau lakukan kepada ku. Aku akan cuba melihatnya sebagai dugaan.

Nyatanya farsa cinta mu telah terungkap. Segala hijab di hati mu telah dapat ku lihat dengan mata hati ku.

Monday, 23 October 2017

Terbuang Dalam Pelukan

23 Oktober 2017 (Isnin) 6.23 petang

TERBUANG DALAM PELUKAN

Betapa Benar
Sumpah Cintaku
Hanya Dirimu
Hingga Akhir hayatku
Betapa Kasih
Tidak Berdusta
Hanya Berpaut
Pada Kesetiaan
Kala Ku mengharapkan
Mengharapkan Belaianmu
Kau Menjamahi cinta ketiga
Kau Berpaling kasih
Dalam Kesedaranku
Kau Menodai cinta sendiri
Terlalu Banyak
Sandiwaramu
Walau Nyata dizahirmu
Walau Nyata dimataku
Aku Terbuang
Dalam Pelukan
Tanpa Sedar yang aku sendiri
Tidak Akan mengerti
Namun Ku akur
Cinta Kan datang dan pergi
Usah Biarkan ia dicemari
Oleh Dustamu
Kerana Akan
Ku Cari sebuah
Cinta Suci yang teragung
Dari-Nya
Terlalu Banyak
Sandiwaramu
Walau Nyata dizahirmu
Walau Nyata dimataku
Aku Terbuang
Dalam Pelukan
Tanpa Sedar yang aku sendiri
Tidak Akan mengerti
Aku Terbuang
Tanpa Sedar yang aku sendiri
Tidak Akan mengerti
















Wednesday, 4 October 2017

Tercipta Kasih Ku

4 Oktober 2017 (Rabu) 5.54 petang

TERCIPTA KASIH KU



Bilaku kesepian 

Hatiku tidak karuan 
Suara angin yang lalu 
Mendayu ke telinga


Ku pejamkan mataku 

Mengalir airmata 
Sinaran juitaku 
Kaulah cahaya 


Penawar hatiku 

Kasih... dengarkanlah 

Terciptalah kasihku 

Kau penawar hati 
Kaulah yang satu 

Terciptalah kasihku 

Tiada terpisah 
Di antara kita ohh...



















Monday, 25 September 2017

Agar Damai Di Hati

25 September 2017 (Isnin) 4.53 petang

Cahaya petang memasuki ruang kamar bilik ku. Serakan cahaya bila cerminan hati ini tertapis atas segala panas petang yang masih bersinar memancar di hati ini. Aku tahu, segalanya masih belum berakhir. Aku bertekad untuk bergerak keluar dari kedukaan di hati.

Memang aku akui, masa semakin pantas berlalu. Aku pasti inilah tanda badai itu akan berlalu pergi. Semoga segalanya akan kembali semula kepada diri ini. Aku juga yakin, Aku akan mampu tersenyum dan tawa di sekeliling ku. Aku yakin bahawa Tuhan Yang Maha Esa akan memberikan diri ini peluang kedua untuk terus hidup. Aku yakin esok akan memberikan Aku lebih akan kepercayaan buat diri ku ini untuk terus berubah.

Aku juga yakin Tuhan Yang Maha Esa akan menganugerah kekuatan untuk keteguhan Cinta di hati ini. Aku yakin Cinta Abadi ku akan hadir....


























Saturday, 23 September 2017

I Knew I Loved You

23 September 2017
Maybe it's intuition
But some things you just don't question
Like in your eyes, I see my future in an instant
And there it goes,
I think I found my best friend
I know that it might sound
More than a little crazy
But I believe
I knew I loved you before I met you
I think I dreamed you into life
I knew I loved you before I met you
I have been waiting all my life
There's just no rhyme or reason
Only the sense of completion
And in your eyes, I see
The missing pieces I'm searching for
I think I've found my way home
I know that it might sound
More than a little crazy
But I believe
I knew I loved you before I met you
I think I dreamed you into life
I knew I loved you before I met you
I have been waiting all my life
A thousand angels dance around you
I am complete now that I've found you
I knew I loved you before I met you
I think I dreamed you into life
I knew I loved you before I met you
I have been waiting all my life
I knew I loved you before I met you
I think I dreamed you into life
I knew I loved you before I met you
I have been waiting all my life










Mencari Erti Cinta Mu

23 September (Sabtu) 9.49 pagi

Cahaya pagi masih redup. Nyatanya udara nyaman di luar kediaman ku. Aku tahu yang akan perlu keluar dari kepompong kedukaan di hati ini. Aku masih lagi belum sembuh atas segala luka yang kau guriskan. Harapan ku agar segala yang berlaku dapat ku uraikan punca segala kelukaan. Di sini Aku berazam untuk cepat sembuh dan kembali kepada diriku yang sebenarnya.

Doaku kepada Yang Maha Esa agar sembuhkanlah segala kelukaan di hati ini dengan segera. Semoga parut yang terbentuk dapat menzahirkan bahagia. Semoga dikembalikan semula segala rasa cinta itu. Dan akhirnya untuk cinta Mu.























Saturday, 16 September 2017

If You're Not For Me

16 September 2017

Daniel Bedingfield


If You're Not The One



If you’re not the one then why does my soul feel glad today?
If you’re not the one then why does my hand fit yours this way?
If you are not mine then why does your heart return my call
If you are not mine would I have the strength to stand at all

I'll never know what the future brings

But I know you're here with me now
We’ll make it through
And I hope you are the one I share my life with

I don’t want to run away but I can’t take it, I don’t understand

If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am?
Is there any way that I can stay in your arms?

If I don’t need you then why am I crying on my bed?

If I don’t need you then why does your name resound in my head?
If you’re not for me then why does this distance maim my life?
If you’re not for me then why do I dream of you as my wife?

I don’t know why you’re so far away

But I know that this much is true
We’ll make it through
And I hope you are the one I share my life with
And I wish that you could be the one I die with
And I pray in you’re the one I build my home with
I hope I love you all my life

I don’t want to run away but I can’t take it, I don’t understand

If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I can stay in your arms?

‘Cause I miss you, body and soul so strong that it takes my breath away

And I breathe you into my heart and pray for the strength to stand today
‘Cause I love you, whether it’s wrong or right
And though I can’t be with you tonight
You know my heart is by your side

I don’t want to run away but I can’t take it, I don’t understand

If I’m not made for you then why does my heart tell me that I am
Is there any way that I could stay in your arms








Thursday, 7 September 2017

Ke Manakah Arah Haluan Hati Ini

7 September 2017 (Khamis) 10.21 malam

Aku masih berdiri di laluan harapan kasih ku ini. Masih tiada balasan cinta yang kau pinta dari ku. Ternyata syarat cinta mu untuk ku hanyalah suatu kedustaan yang jelas cuba menghancurkan hati ini. Jelas di hati mu kau hanya permainkan hati ku ini.











Thursday, 17 August 2017

Cinta Ku Ini Bukan Eksperimen

17 Ogos 2017 (Khamis) 1.20 petang

Suram betul cuaca hari ini. Keadaan mengingatkan ku ketika kau hadir mencari cinta di hati ini. Pujuk rayu mu ku tolak mentah-mentah kerana ku dapat rasakan firasat cinta dari mu hanya palsu. Kau dambarkan kehangatan cinta dan aksi dari seorang yang bernama lelaki. Namun Aku cuba mengelakkan diri ini dari mu, Aku tergoda akan belaian kasih mu. Nyatanya kau begitu hebat aksi mu sebagai kekasih. Kau adalah pencinta yang agong. Segalanya kau tahtakan di hati ku untuk suatu percintaan. Kau zahirkan hamparan kasih mu kepada ku. Kau labuhkan cinta ku di taman asmara mu. Akhirnya cinta abadi ini tewas di permainan mu.

Aku adalah sang pencinta. Tapi cinta ku adalah untuk keabadian. Cinta ku bukan eksperimen untuk kau ukur kehausan kasih di hati mu.








Sunday, 13 August 2017

Biarkan Tangisan Ini

13 Ogos 2017(Ahad) 2.52 petang

Tiada yang seindah ciptaan Ilahi. Aku bersyukur kerana masih bernafas untuk sehari lagi. Seandainya semalam hari terakhirku, Aku tetap redha. Tuhan mengajar ku untuk menerima seadanya akan kehidupan ku ini. Segalanya terbatas akan waktu yang diberikan. Biarkan harapan dan kurnia Mu menjadi ingatan buatku. Semoga tangisan ini menjadikan insan yang bersyukur. Kerana Mu Illahi.















Monday, 7 August 2017

Bayangan Semalam

7 Ogos 2017(Isnin) 8.24 pagi.

Di minda ku, kau tak pernah luput walaupun hanya sesaat berlalu. Segala adalah abadi untuk selamanya. Kita dijadikan untuk bersama hingga akhirnya. Segala ikatan terlalu sempurna buat kita. Aku harapkan agar cinta yang kau berikan kepada ku ini akan abadi buat selamanya.













Hanya Kenangan Cinta

7 Ogos 2017 (Isnin) 8.14 pagi

Kembalilah.... Itulah ucapan ku buat Mu. Tapi kau diam seribu bahasa. Tiada bisikan hati di telinga ku untuk meredakan kedukaan di hati ini. Kau bebas pergi meninggalkan ku. Tak tergambar akan episod duka yang memusnahkan kebahagiaan di hati ku ini. Duka... biarkan berlalu.

























Saturday, 5 August 2017

Bicara Dari Hati Ku

5 Ogos 2017 (Sabtu) 4.11 petang

Aku pasrah menanti mu. Puas sudah air mata ini tertumpah atas hamparan kasih di hati ini. Aku perlukan restu Tuhan yang Maha Mengasihi. Aku mengharapkan kau sebagai bidadari Syurga ku. Aku tetap doakan agar kau menjadi permaisuri hati ku. Untuk suatu kehidupan bersama hingga ke akhir masa. Aku akan tetap menyintai mu hingga terhentinya nafas di dada ini.





















Bahagia Itu Adalah Suatu Perjalanan

5 Ogos 2017(Sabtu) 3.50 petang

Kau adalah bintang di hati ku. Jauh di langit ku menuju. Mencari kasih yang kau tinggalkan untuk ku. Ayuh bersama ku meniti perjalanan ini. Agar tercapai impian kita untuk berbahagia bersama hingga ke hujung perhentian. Perjalanan nan masa kita. Seminit kita berlagu...masihkah ada waktu. Atas ketulusan sebagai insan yang Tuhan jadikan. Kita perlukan masa untuk perjalanan ini. Agar teguh segala ikatan yang menjadi harapan hati ku untuk mu. Murnikanlah kasih di hati mu untuk ku.













Warna Cinta Mu

5 Ogos 2017 (Sabtu) 3.40 petang

Terik cahaya petang ini. Segala penglihatan ku terasa gelap walaupun cahaya terang di sepermandangan. Betapa panasnya cuaca di sekeliling ku. Terlalu perit rasanya setiap langkah ku. Segala memori cinta di hati ini telah terluka. Aku harus redha atas setiap episod duka di perjalanan ini. Musnah sudah segala mimpi ku. Aku harus biarkan ia berlalu. Kerana warna duka di hati ku adalah warna cinta mu.

Sunday, 30 July 2017

Takkan Terpisah

30 Julai 2017  (Ahad) 10.00 malam

Kisah antara diri ku dan kamu sayangku. Sudah terjalin dalam waktu yang usang. Tiada noktah buat cinta kita. Kau janjikan aku keabadian cinta mu. Tiada yang dapat memisahkan kita dalam percintaan ini. Namun segalanya telah berakhir bila kau ucapkan kata-kata khianat mu atas cinta yang kau pinta dari ku. Sungguh mudah ucapan mu bahawa cinta kita takkan terpisah. Namun kaulah segalanya bermula pengkhianatan terhadap kalbu ku. Takkan terpisah?




Thursday, 13 July 2017

Dua Insan

13 Julai 2017(Khamis) 1.08 pagi

Dua insan berjanji setia untuk bersama hingga ke akhirnya. 





Aku masih terkenang waktu kau menjemput ku ke KBox Dataran Senawang pada 2013. Masakan dapat ku lupakan di waktu kita berduet menyanyikan lagu "Dua Insan". Segalanya begitu nostalgik sekali di hati ku ini. Tersentuh......

Ada Apa Dengan Cinta?

13 Julai 2017 (Rabu) 12.02 tengah malam

Ku amat mengharapkan kejujuran hati mu.



Monday, 10 July 2017

Waktu Yang Telah Berlalu

10 Julai 2017(Isnin) 6.16 petang

Sinar cahaya petang telah hilang di garisan mentari. Yang tinggal hanya redupan petang. Perasaan hati ini masih terguris atas cinta yang dikhianati. Tiada lagi belaian kasih dari insan yang pernah menyintai hati ini. Segala harapan telah terpadam.


Adakah masih ada yang menghargai cinta kasih hati ini...

Seribu Impian

10 Julai 2017(Isnin) 6.10 pagi

Membina harapan atas seribu impian. Biarlah hati ini membina jiwa. Harapan yang tinggi untuk suatu kehidupan.



Sunday, 9 July 2017

Mencari Cahaya Ketenangan

9 Julai 2017 (Ahad) 1.29 pagi

Andai cahaya bulan menjadi penerang hati ini, maka biarkan. Semoga sampai jua ke penghujung jalan. Aku ingin kembali kepada fitrah Mu. Tunduk dan tawaduk atas apa yang telah berlaku. Ku pohon cahaya ketenangan di hati ini.

Thursday, 6 July 2017

Rendang Kasih Mu

6 Julai 2017 (Khamis) 8.33 pagi

Rendup di bawah awangan awan pagi. Sesungguhnya redup lagi hati ini di bawah kasih Mu.



Monday, 3 July 2017

Kau Mungkir Janji

3 Julai 2017 (Isnin) 8.54 pagi


Cahaya sinaran pagi. Bagai suatu harapan buat diri ini. Tiada yang terindah terzahir dari kasih hati ini. Segalanya terhapus akan janji yang tercipta. Hampa. Langit terus membisu. Sebuah janji yang dimungkiri.





Friday, 16 June 2017

Syair Cinta Mu Yang Tak Diundang

16 Jun 2017 (Jumaat) 11.47 malam


Tatkala suasana di tempat ku berdiri semakin kelam. Tiada campuran lampu neon menerangi ruang bicara ku. Hanya yang ada, hanyalah sebuah mentol lampu LED yang membuka ruang hati ini untuk terus bernafas. Hari ini telah berlalu. Esok siapa yang tahu.








Sunday, 4 June 2017

Bila Rindu Menggoda Ku

4 Jun 2017(Ahad) 9.10 pagi

Aku yang kau panggil sayang. Kata-kata mu masih terdengar di hujung telinga ku. Tak pernah suara mu terhenti ku dengar sampai tertanam di pelusuk hati ku. Entahlah, sejak kau tinggalkan diri ini, aku sentiasa merindui mu. Tidak pernah terdetik saat waktu yang aku tidak pernah melupakan mu. Segala kenangan indah, ku jadikan taman syurga di hati ini. Segala manis bicara mu penuh dengan nasihat dan panduan buat ku menempuh dunia dengan yakin dan bahagia.

Sudah kita ditakdirkan bertemu dan kita jatuh cinta. Segalanya adalah suratan Ilahi. Harus kita hadapinya sebagai suratan takdir. Ku harap kau tabah menerima ku atas cinta yang ku simpan selama lebih 30 tahun. Doa ku agar kau sentiasa menyayangi ku.

Saat rindu itu menggoda ku.










Thursday, 25 May 2017

Hujan

25 Mei 2017 (Khamis) 7.11 malam

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Di waktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi














Sunday, 21 May 2017

Cinta Ku Tanpa Akhirnya

21 Mei 2017 (Ahad) 5.15 pagi

Suboh akan hadir sebentar lagi. Aku tahu, masa telah menjemputku untuk terus sujud kepada Pencipta Ku. Hati ini masih terzahir akan cinta itu. Semoga segala akan dipermudahkan di sisi Nya.

Friday, 19 May 2017

Kasih Yang Tak Dirindukan

19 Mei 2017 (Jumaat) 2.38 petang

Terik panas di petang Jumaat ini. Gersang rasanya. Tumbuhan hijau banyak yang kering dan mati. Begitu jugalah rasanya kasih yang ku dambarkan di hati ini. Tiada angin sejuk yang menyapa di mukaku. Kelu lidah ku untuk berkata-kata lagi.






Sunday, 14 May 2017

Cinta Ini Tidak Lagi Tersisa

14 Mei 2017 (Ahad) 11.04 pagi

Hujan di ketika cahaya pagi menebusi jendela hati ini. Semoga awan mendung terus berarak pergi meninggalkan ku. Harapan ku hari ini, untuk terus menyinari kehidupan ku dengan warna pelangi. Jangan ada yang masih tertinggal segala memori duka di hati ku. Ku doakan agar cinta ku ini terus bercahaya dalam sinar kehidupan ku.














Sunday, 7 May 2017

Masihkah Jalan Itu Untuk Ku

7 Mei 2017 (Ahad) 12.43

Mentari sudah terik di puncak kepala ku. Aku masih diperingkatkan akan waktu kau meninggalkan ku. Di hati ku, kau masih dekat dengan ku. Tiada yang terjarak dengan waktu. Sentiasa di minda, sentiasa di hati ini. Kau pergi. Aku mengerti. 


Friday, 5 May 2017

Rupa Tanpa Wajah

5 Mei 2017 (Jumaat) 12.19 tengah malam

Sehari aku masih menunggu mu. Tapi kelibat mu masih tidak kelihatan. Letih rasanya menanti cinta yang kau janjikan itu. Suara hati mu dapat ku rasakan. Susuk tubuh mu dapat ku hangatkan buat diri ini. Tapi suara mu menusuk tebus telinga ku. Kau hadir di depan ku. Rupa tanpa wajah.






Tuesday, 2 May 2017

Cinta Mu Semusim Salju

2 Mei 2017 (Selasa) 6.04 pagi

Musim sejuk telah lebih empat minggu berakhir. Kini tiba musim bunga yang memberikan inspirasi dalam hidup ku. Ternyata udara yang nyaman tidak dapat ku bandingkan betapa sejuknya cuaca ketika di penghujung musim sejuk yang lalu. Ternyata, Aku masih dambarkan kasih dan cinta mu walau segala yang telah kau lakukan terhadap ku. Mungkin segala harapan telah berakhir. Yang tinggal hanyalah sebuah memori kasih mu terhadap ku. Semusim cinta mu, tapi itu sudah cukup memberikan kesan kepada kehidupan ku. Untuk sedetik hayat sebuah percintaan yang telah berakhir untuk ku bawa ke penghujung kehidupan. Tak perlulah kau nyatakan lagi curahan isi hati mu. Kerana kau tiada lagi menyintai ku. Tiada lagi gurauan kasih dan perasaan yang mencuit hati. Segala jua telah terurai jambangan kasih di hati ini.



















Monday, 1 May 2017

Labour of Love

1 Mei 2917(Isnin) 6.22 pagi.

Detik waktu telah lama menantiku. Akan ku tunggu untuk menuai kasih di hati Mu.






Wednesday, 26 April 2017

Lagenda Kasih Mu Di Musim Luruh

26 April 2017 (Rabu) 7.05 pagi

Mentari pagi menyinarkan harapan agar Aku terus berbakti pada bumi yang bertuah ini. Seandainya ada kasih Mu, akan ku sanjung hingga ke akhir waktu. Berikan Aku akan cahaya hati Mu untuk ku zahirkan kehidupan yang abadi.







Monday, 17 April 2017

Syair Indah Hati Mu

17 April 2017 (Isnin) 5.31 pagi


Hati adalah zahiran diri mu. Walau jauh di mana kau bawa hati mu menghilang di garisan waktu. Kini ku terbawa bersama waktu yang semakin mendapat rapat perjalanan ku.

Kau lukiskan novel cinta mu di hati ku. Lalu kau torehkan luka yang dalam.




















Hanya Untuk Mu

17 April 2017 (Isnin) 5.25 pagi

Setiap detik setiap saat. Hanya untuk Mu.







Monday, 10 April 2017

Antara Mimpi Dalam Mimpi

10 April 2017 (Isnin) 6.35 pagi


Cahaya Suboh telah lama menyinari hati ini. Bukan selalu aku dapat menikmati basahan keindahan suasana cahaya yang begitu indah. Sudahlah aku terlena antara mimpi dalam mimpi di sepanjang malam tadi. Tapi zahirnya aku berjaga di sepanjang malam. Tidur ku hanyalah fatamorgana di sepermainan kelopak mata ku.

















Saturday, 1 April 2017

Ketika Bayu Dingin Menyapa Wajah Ini

1 April 2017 (Sabtu) 12.16 tengah malam

Bayu malam sungguh mencengkam. Dingin sekali membuat diri ini terus terperangkap dalam alunan masa lalu.


Sunday, 5 March 2017

Mungkinkah Masih Ada Cinta?

5 Mac 2017 (Ahad) 4.44 petang

Gerimis petang mengisi pandangan mata ku. Di luar jendela segalanya ku lihat titisan hujan yang bertebaran di permukaan bumi. Waktu telah berlalu dengan begitu pantas. Seperti tiada lagi buat diri ini.

Cinta memberikan harapan kasih buat diri ini. Masihkah ada waktu buat cinta ku ini.














Meniti Perjalanan

5 Mac (Ahad) 10.11 pagi

Jauh lagi perjalanan ini. Banyak rasanya pengajaran yang ku peroleh. Atas segala pengalaman serta nasihat yang ku kutip dalam laluan kehidupan ini.


Saturday, 4 March 2017

Tangisan Ini Masih Terus Berbaki

4 Mac 2017 (Sabtu) 8.37 pagi

Hari-hari yang berlalu masih segar di ingatan Ku. Tiada yang tidak ternoktah dalam ingatan minda Ku. Segala luka dan duka di hati ini masih segar terpahat di jurang kekecewaan.

Hati...kuatlah. Aku perlukan Mu. Minda...bangkitlah. Pandangan Mu amat Ku kehendaki. Imam....jagalah hati Ku.




Keasingan Dalam Duka

4 Mac 2017 (Sabtu) 8.16 pagi.

Mentari pagi terus bersinar terang mengatasi hari-hari yang kusam sejak seminggu yang lalu. Aku masih berharap agar sinar cahaya hari ini dapat menerangi kehidupan ku. Biarkan hari semalam pergi dengan tenang. Aku harus mampu bangkit untuk memberikan harapan agar Aku mampu meneruskan kehidupan ini. Jika duka itu harus pergi....biarkan.


Monday, 27 February 2017

Ke Manakah Menghilang Janji Yang Tercipta

27 Februari 2017 (Isnin) 8.23 pagi

Muram sungguh pagi ini. Terasa bagai dipukul badai. Segalanya sepi tanpa bicara. Langkah ku mulai terasa lemah. Tiada apa lagi yang boleh berpaut. Segala yang lama meninggalkan diri ku ini.

Adakah segala janji yang tercipta telah hancur dimamah waktu.



Sunday, 26 February 2017

Syurga Yang Tidak Dirindukan

26 Februari 2017(Ahad) 1.21 petang

Harapan kasih antara dua dunia. Pengakhiran cinta yang abadi.


Tuesday, 21 February 2017

Di Sebalik Tabir Cinta Mu

21 Februari 2017 (Selasa) 6.26 petang


Suasana cuaca di Bandaraya Kuala Lumpur agak panas petang ini. Nadi tenaga ku agak tersekat akan semua otot-otot di tangan dan kaki ku. Terasa pening dan pedih di kepala ku. Segalanya telah terzahir akan segala rahsia cinta mu kepada ku. Ketika waktu semakin kelam, sejarah cinta mu kepada ku telah membuktikan segalanya kepada ku. Aku tahu kau memang mencintai ku. Tapi kau curang akan cinta itu. Segalanya kau papahkan dusta mu itu ke atas tubuh ini. Letih atas segalanya. Di sana ini, aku masih mampu menarik nafas. Jika aku gagal, nyatanya waktu ku akan berakhir di sini. Sudah ku tahu akhirnya, akan cinta mu. Kau zahirkan ucapan cinta mu kepada ku. Segalanya kau dustakan kepada ku.
















Tuesday, 14 February 2017

Janji Cinta Yang Dimungkiri

14 Februari 2017 (Isnin) 10.14 malam


Sejujurnya Aku amat menyintai Mu. Di kala waktu telah lama berhenti untuk meneruskan cinta kita. Segalanya telah ternokhtah buat kasih cinta sayang Mu. Bagai jantung yang telah terpadam nadi untuk nafas cinta ini. Tanpa ku duga, kasih cinta mu hanyalah kosong belaka. Zahir ucapan mu, hanyalah dusta semata-mata. Tiada cahaya kebenaran di hati mu. Atas nafas cinta mu yang kau dustakan. Segala janji ikrar Mu tiada bererti lagi. Harapan yang tertinggal, di antara usia yang semakin jauh di hati ini. Segala kesedihan dan duka masih bermain di mata hati ku. Titisan air mata yang mengalir semakin kering.